Saya adalah kawan yang membosankan. Percaya atau tidak, terpulang, kata kawan rapat saya di suatu hari ketika kami sama-sama sedang mengunyah dim sum di sebuah kopitiam. Kami berpandangan dan akhirnya ketawa kami pecah bersama-sama kerana kami tahu, kami memang kawan yang membosankan satu dengan yang lain. Maksudnya, dia membosankan saya dan saya juga sangat membosankan dia. apa yang menyatukan kami di sana adalah kebosanan.
Manusia memang patut keluar daripada belenggu kebosanan walaupun itu bermakna dia harus membuang masa (sedikit atau banyak) daripada sesuatu yang sangat sangat penting, seperti kerja, dateline dan sebagainya. Di dalam alam persekitaran serba menduga segalanya sekarang ini, kita harus! Harus cuba mencari sesuatu yang sekurang-kurangnya menyegarkan jiwa dan tubuh badan walaupun sebentar cuma dan kembali 'beraksi' untuk hidup setelah anda segar semula. Kebosanan termasuklah stress, kemurungan, belenggu trauma, apa saja yang negatif ~ u name it! Mungkin 'penyegar' itu datangnya dari sesuatu benda, seseorang~ seperti kawan? atau mungkin datangnya dari sebuah tempat yang tidak membosankan.
Itupun kalau anda bercadang untuk hidup lebih lama dengan sihat, cergas dan kuat! Kalau tidak, duduklah setempat dan menjadi murung. Pendek kata, kita, walau apapun sebab dan akibatnya harus bertindak segera demi hidup yang lebih baik, untuk orang-orang tersayang yang mengharapkan kita dan paling penting- demi hidup yang tidak membosankan. Tempat bagi menghilangkan kebosanan itu pula sangat subjektif. Di gunung, rimba, danau, mungkin tempat yang damai bagi kamu tapi ia adalah tempat yang menakutkan dan terlalu sunyi bagi sebilangan orang dan begitulah sebaliknya.
Balik kampung, mengejar ayam itik, duduk di tepi sungai sambil melihat kerbau berkubang yang dipijak bangau di belakangnya, memungut buah rambutan masak dari pokoknya atau menyapu daun-daun kering di halaman rumah datuk nenek, menebas lalang, memancing ikan di tali air yang berair keruh, memanjat pokok kelapa, bertandang ke rumah jiran, kawan.. menangkap belalang di padang rumput kerbau, melepak di warung kopi tepi jalan sambil menghirup kopi mendidih dengan pisang goreng rangup, memetik pucuk paku pakis atau lembiding di belukar belakang rumah datuk nenek, menggegarkan 'orang-orang' untuk menghalau pipit di sawah padi domestik (haha) dan macam-macam lagi... semua itu adalah eskapism untuk kita melarikan diri dari kebosanan. Sekurang-kurangnya itu cadangan silly yang dapat saya fikirkan ketika ini.
Sejak akhir-akhir ini, saya memikirkan kebosanan bukanlah sesuatu yang sangat teruk. Semakin kita memikirkan kebosanan, semakin kebosanan itu membosankan kita. Seperti 'masalah', kebosanan yang datang membuat kita berfikir dan bertindak dengan lebih kreatif. Sebagai penulis, saya perlu mengalami kebosanan itu. Kerana untuk menulis tentang kebosanan yang pure, saya harus berada di sana ~ dalam kebosanan yang melampau, sehingga nanti yang membaca terasa kebosanan itu sampai benar ke hatinya! Ah, ketika menulis catatan ini pun saya sudah berbunga-bunga bosan. Kebetulan cuaca di luar sangat redup, awan gelap dan matahari yang silau tidak muncul. Cuaca mendung dan hujan sudah berlarutan beberapa hari di Kota Kinabalu. Ini sangat membosankan saya, kerana tidak dapat meneruskan eskapism kepada kebosanan saya!
Berbalik kepada saya dan kawan saya. Ya, kami memang membosankan satu dengan yang lain. Walaupun saya tidak tahu sejauh mana kebosanan kawan baik merangkap kakak kandung kepada saya ini, saya rasa saya cukup membosankan dia. Dan dia sememangnya membosankan saya sejak saya lahir kerana muka dia saja yang saya lihat dan sehingga ke saat ini kami terlalu sering berjumpa (hahahaha).Dia tidak akan marah, saya tahu, kerana dia sudah bosan dengan gurauan saya (agaknya). Kami memang suka menghabiskan kehidupan yang dikatakan membosankan oleh wanita-wanita urban di sini pada aktiviti kami berdua, pada masa sekarang, pada masa akan datang dan sebelum ini iaitu ~ berlari berpuluh-puluh kilometer, berenang di lautan lepas, menyelam skuba, mendaki bukit, mendaki gunung, meneroka belantara jualan-jualan murah, bundle (hahaha), berjalan kaki atau memberi makan kepada ikan-ikan kenyang yang tidak lapar di Taman Tun Fuad atau menanam pokok kedondong, Avokado dan mangga serta cili padi di dalam pasu (di dalam rumah) bersama ibu kami dan anak-anak saya. Semua itu mungkin membosankan bagi banyak orang, tapi bak kata orang putih ~ who cares? What is best for you, its not necessarily best for anybody else.. vice versa.
Sejak akhir-akhir ini juga saya sering memikirkan sebuah cadangan rancangan yang paling membosankan bagi sebilangan kawan saya yang tidak sukakan cabaran fizikal; iaitu sebuah cadangan yang pernah diutarakan oleh seorang kawan lain, iaitu mengembara di *Salt Trail Sabah (bermula di Kg. Tikolod, Tambunan dan berakhir di Kg. Inobong, Penampang ~ feel free to google) bersama-sama kawan dan kawan-kawan 'membosankan' yang sama gila dengan saya. Selebihnya, masa saya perlu dihabiskan dengan aktiviti paling membosankan (orang lain) iaitu duduk berjam-jam tanpa gangguan, di hadapan komputer, menulis.
Saya harap saya dapat membosankan kebosanan anda dengan catatan pendek yang sebenarnya, saya rasa, tidaklah membosankan sangat ini, hahaha. Apapun, please try to be happy guys, live life to the fullest, boredom is just another phase of life.. ya ya yaa...
Sekian,
Pa'al
*Crocker Range Salt Trail Trekking* : Difficulty Rating: 4/5- This is quite physical trekking, 8 hours each day, where camping is involved camps are set up and cooking done by your guide and porter (unless you feel like helping).
This industrious jungle trek takes a step back in time. Following an old bridal route which connects Dusun villages that are not accessible by road, the 34 km path dissects the Crocker Range National Park. The Dusun are part of the largest ethnic group in Sabah and are known as the Italian artists of the East for their elegant traditional dances, passion for love, and fondness of alcohol, in particular the traditionally brewed rice wine.






Sedikit pun tidak membosankan saya. Dalam hening dini hari ini, saya merempuh aksara demi aksara hingga tumbang semuanya ... haha
BalasPadamAra..
BalasPadamMakaseh.. Trimakasihh ah, sudi singgah.. hehehe
Sama-sama kasih ... hehehe
BalasPadam