Jumaat

Earth Hour esok!


Ya, Earth Hour kembali lagi. Esok 31 Mac, 2012 tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam semua umat manusia digalakkan untuk memadamkan lampu dan semua suis letrik di kediaman dan pejabat anda sebagai tanda sokongan kepada Earth Hour.



Menurut Wikipedia, Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1]dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Earth Hour yang pertama diadakan di Sydney Australia pada 31 Mac, 2007 yang bermula dari jam 7.30 malam sehingga 8.30 malam.

Ok, padam atau tidak padam? Buatlah keputusan. To care or not to care, its our world. Yang saya pasti, setiap tahun kami tidak pernah terkecuali daripada menyambut Earth Hour. Selama satu jam itu kami seisi rumah akan bermain cahaya lilin (yang jarang-jarang dilakukan, hanya apabila 'blackout'), melihat keluar.. langit yang gelap tetapi berbintang kalau tidak hujan. Boleh bermain bayang-bayang tangan juga. Yay!

Selepas diumumkan di dalam Berita-berita atau di dalam surat khabar keesokkan harinya, selalu kita lihat atau dengar orang-orang lain berkata' Oh, semalam kah acara tu?" "wah, gelapnya pula semalam di sana ya?" ...semua berkata-kata usaha ini bukan melibatkan mereka. Kenapa tidak ikut serta? Malu? Segan dengan jiran tetangga kerana takut dikatakan bodoh bergelap kerana itu kerja orang-orang besar saja, bukan kita?"

Sepatutnya kita berbangga menyertainya, kerana kita menyokong usaha murni dunia untuk kehidupan yang lebih baik. Saya percaya apa saja kebaikan yang kita lakukan, walau sekecil kuman pun akan memberi impak kepada sesuatu, dan yang pasti di sini, di dalam program Earth Hour ini, untuk bumi yang lebih sejahtera, insyaalah!



Saya sayang BUMI!

Wassalam.

Pa'al

Khamis

You're so fine


(Guba Feat. Yuna)

It feels like December 
The birds flew across my bedroom window 
And the spiral staircase 
That we used to hang around 'til 3 in the afternoon 

I remember that day 
The purple hoodie that you're wearing 
And the smile up on your face 
Your hair was flowing in the air 
As you were sitting by my side 
You moved me with your tides 

You're so fine 
And I wouldn't do anything 
To deny you 
And I would die for 
You.. 

Oh baby don't despair 
You're not alone I'm always there 
I wish I was the one who's scared 
Of the sickness that you bear 
For as long as I could stay 
I'll be happy just to see you smile for another day 

But you're gone now 
Oh so far gone now 
Where the trees are green and cloudy grounds it seems 
But my time will come 
Oh so let it come 
Where we'll meet again 
Until the end of time


Guba di Laguna Music


Sabtu

Alhamdulilah.

Kejutan pagi untuk saya! Tahniah untuk Guba. Saya masih ingat di carta ini, mula-mula masuk tersenarai di dalam carta Malaysian Top 40 si Guba berada di kedudukan 31, selepas itu, naik 23, kemudian 21... tiba-tiba naik ke no. 5 selama 2 minggu sahaja, selepas itu turun sikit ke no. 10.. 15, 23, 21..kemudian minggu lepas di tangga ke 4, mengejutkan. Minggu ini, mak kami sangat gembira, tidak kisah berapa lama mungkin lagu You & Me akan bertahan di tempat pertama, yang pastinya Tahniah untuk Guba! kami tumpang bangga! Tahniah juga untuk lagu duet bersama Yuna yang tercatat sebagai salah satu daripada 14 lagu terbaik buatan Malaysia kelmarin! Tahniah, alhamdulilah.


XFM CARTA MALAYSIAN TOP 40 
Ketika saya sedang mencatat baris terakhir catatan ini, lagu Guba & Yuna baru saja dimainkan stesyen radio ini, terima kasih XFM.

You & Me, Guba




pa'al :D
kk 

Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..