Isnin

Suntikan

Seandainya saya menulis tajuk 'Bengkel Penulisan dan Penerbitan ITBM, Pena dan DBP' di Sunway Putra, Kuala Lumpur mungkin lebih senang dicari posting ini di dalam tapak carian google dan sebagainya.

Tidak akan ada lagi sebarang posting saya di dalam carian, kerana saya telah menghadkan akses kepada para pembaca di Teratak Pa'al. Mula-mula saya keluarkan kesemua puisi-puisi yang belum pernah terbit di media bercetak kerana ingin membukukannya, terkini saya buka blog ini kepada teman-teman yang betul-betul berminat dengan tulisan saya sahaja. Cerobohan maya sememangnya menyusahkan dan ada kesan. Baik meneliti kesan dan berjaga-jaga. Saya pun bukan siapa-siapa.

Bengkel yang saya sebut di atas, bergenang ilmu. Kami seumpama melompat ke atas sampan, berdayung, singgah-singgah geladak ke geladak. Di setiap singgahan kami mengangkut jiwa besar. Sampai ke hujung geladak hari, ilmu yang dikutip walau tidak dikendong, dipikul atau apapun, lancar memasuki diri saya seumpama oksigen. Saya sedut hembus seperti udara untuk hidupkan denyut nadi sastera di dalam diri. Diam-diam, saya melilit selirat impian ke pinggang dan kepala, sedia mencabar diri, lebih lagi.

Saya bangga bertemu Sasterawan Negara ke-6, Prof Dr. Muhamad Hj. Salleh, SN ke-10 Dato' Dr Anwar Ridhwan dan juga Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan beberapa nama besar dunia sastera Malaysia yang lain.

Terkenang kembali suatu waktu dahulu, begitu sukar menemui insan-insan nama besar, disegani ini. Kini, mereka ada di mana-mana, bahkan di hujung jari. Imej, kata-kata, falsafah, segalanya tentang mereka bahkan dijumpai di desa, pedalaman, ceruk kampung mana pun. Kadang-kadang, mereka sendiri bertandang ke halaman rumah kita. Syukurlah.


Kini, semuanya tentang mengambil peluang. Penulis perlu berkarya, meninggalkan legasi karya untuk dunia, menulis dan terus menulis. Kali ini saya akan memeras sedikit. Kata Prof Dr. Muhamad haji Salleh, ada mimpi di jalan ini, dan katanya ;

Ada mimpi di jalan ini
Ada nyanyi separuh merdu
Di tengah pagi
Sewaktu pemerintah diganti

Sekarang bungkus mimpi dibuka
Di dalamnya dijumpai kecewa
Kelabu, kotor, berbau sampah.

Beribu penyanyi tertarung
Di gunung-gunung kecil berasap
Dan rela tidak kembali,
Nyanyiannya dijeruk asap
Rintih miskin melanda suara.

Jalan masih pecah
Ada langit berbayang
Di lopak hijau
Walau hitam
Tapi masih langit.

Yang tinggal hanya marah
Yang dirubah jadi kecewa,
Yang larut jadi pemusnah.**

Doakan kami.

Sekian.

Wasalam.

Pa'al.



Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..