Selasa

guru sastera

Cikgu,
yang kulihat
melintasi cahya bola mataku
adalah engkau!


Cikgu,
yang kulihat
bergerak melibas kenangan kita
adalah benar engkau!


Cikgu,
yang kulihat
terpantul bias kesempurnaan jiwa sasteramu
adalah aku yang terkapai mencari diri kini


Cikgu,
betapa ingin kudekati cahya suluhmu
ketika kini kau muncul lagi!


Namun,
ketika kata-kataku berserakan di langit
aku tertelan bicara oleh larik kenangan
lantas kau hilang semula...
bersama lidahku yang tersimpul bingung


Ahh! Cikgu,
ketika munculmu kelak
akan kuhadiahkan bicara lunak
dari perut suaraku yang kagum pada ilmumu


Ya! kerana kau guru sasteraku
prasasti pejuang mimpi-mimpi kami yang tertinggal!




pa'al
kota kinabalu
19062010

Pengembaraan Olundus


mencari ilham pengembaraan Olundus, di balik pokok-pokok lintotobou...medicinal plant.


Emm... beginikah deritanya menulis sebuah novel...



Ini lakarannya...


Olundus dan penghidupannya adalah penghuni di garis pertama. Cabarannya adalah mengendong dan menyikut dalam wakid gergasi, seberapa banyak pun pengetahuan sofistikated tentang region belantara kuno dan ekosistem persungaian, penempatan masyarakat di mana olundus dan komuniti di sekitarnya tinggal. 


Fuh..?!


Dont worry sifu.. i'm on my way... insyaalah...


sekadar coretan,
pa'al

Kematian seorang Linguis























pada lingkung usia 
lapan puluh lima tahun
matilah seorang linguis kuno
tatkala serelung perahu kayu keras
belum sempat melilit tebing andaman

pada lingkung usia ini
kita pewaris-pewaris ulung 
dari tanah-tanah besar impian 
dari kepulauan-kepulauan bahasa hati 
dari titik-titik sulur debar kasih cinta 
ilham dua hati yang melibur orbit tatasuria
seharusnya hidup terus berlinangan hati kudus

ayuh, kobarkan semangat!
berhiduplah..bersuakalah dalam percaya
bahwa kematian seorang linguis bahasa hari ini
menghidupkankan waris pencinta-pencinta tenang damai

kerana, seorang linguis hati takkan pernah mati


pa'al
kk
2359, 31052010

Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..