Rabu
1 Syawal .. dan 31 Ogos, 2011, Merdeka Raya !
Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin juga Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54, daripada saya untuk semua sahabat-sahabat Pena Alam di mana juga anda berada :)
Salam Merdeka Raya, salam tersayang!
Ikhlas,
Pa'al
Sabtu
Pa'al dan Gunung Kinabalu..Ekspedisi 1-2hb Ogos, 2011
| Acara memasang besi-besi dan kain untuk menaikkan logo |
![]() |
| Bergambar beramai-ramai setelah menjulang Jalur Gemilang 9mx4m |
![]() |
| Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Taman Negara, Ranau |
Gunung-gunung yang wujud di alam semesta ini semuanya adalah ciptaan yang Maha Kuasa Allah SWT, Dia menciptakan segala sesuatu itu dengan bersebab, bukan? Tatkala mendaki dan berjaya sampai ke puncak Kinabalu dalam pendakian terbaru saya iaitu pada 1-2hb Ogos, 2011 yang lalu, saya mengalami satu fenomena yang tidak pernah saya lalui pada pendakian pertama dahulu, iaitu fenomena yang saya panggil 'detik 5 saat', yakni 5 saat kudus yang berlaku ke atas saya sebaik sahaja memegang plat puncak Low's Gunting Langadan 4095.5M pada jam 5.30 pagi. Detik antara saya dan negara arca di balik awan milik pencipta alam semesta yang sungguh menyentuh hati saya sebagai manusia yang tidak sesekali pun akan sempurna disisiNya ...Subhanaalah.
![]() |
| Pelepasan peserta ke Timpohon Gate dan seterusnya mendaki sehingga ke Laban rata |
| Bergambar di KM 3 ke KM4 bersama teman2 pendaki dan Guide berbaju putih |
Sedar tak sedar airmata saya menitik ketika memegang plat itu, terharu, kesyukuran dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika puncak Low's mula diterangi lampu-lampu suluh yang menyilaukan mata dan para pendaki yang terdiri daripada teman-teman yang sama-sama di dalam program mendaki ini juga peserta-peserta pendaki yang datang secara sendirian, pelancong dan dalam kumpulan kecil. Detiik semua orang berpusu-pusu ingin mengambil gambar secara giliran, kedengaran suara-suara urusetia dari ATM dengan lantang mengarahkan kami segera mengambil tempat untuk memasang besi-besi bagi mendirikan Jalur Gemilang. Saya yang baru saja sampai di atas puncak itu seakan tiba-tiba menjadi entiti yang asing apabila semua suara terasa hilang, semua insan-insan di sekeliling bergerak dan berkata-kata dalam gerak perlahan.
Sebuah perasaan yang tercipta ekoran daripada letusan kepuasan diri yang bukan alang-kepalang, mungkin itu cukup menggambarkan perasaan saya, saya juga kurang pasti. Yang pastinya detik 5 saat itu mencacah rasa unggul ini ke dalam jiwa saya iaitu satu perasaan yang paling nyata saya rasakan ~ merasa Kecil. Betapa sekecil-kecilnya kita di sebalik kejadian-kejadian ciptaan Allah... inilah kebesaranNya. Saya yang senantiasa merasa kerdil, kecil sebagai mahklukNya selama ini, merasakan diri saya terlalu, ahh terlalu sekali, lebih kecil, sekecil-kecilnya tatkala memijak puncak Kinabalu. Syukur Alhamdulilah. Seusai detik 5 saat itu, saya buang perasaan semacam melankolik yang tiba-tiba menguasai diri itu dan saya bangkit menyertai teman-teman yang sedang menyambungkan besi tapak demi tapak bagi menjulang logo itu ke langit, mengipas awan, menyisir angin! Kemudian dengan suara Puisi merdeka kami akan meneriakkan puisi indah merdeka ke langit, mencabar badai berkelahi dengan kasih sayang dan persahabatan! Kami tahu, sekecil manapun bantuan di dalam perjuangan ini akan membantu kami bergerak setapak demi setapak bagi menjayakan misi ini.
Pada mulanya terbetik juga di hati yang mana saya tidak menjangka akan sampai ke puncak, kerana saya diserang altitude sickness yang agak teruk. Namun saya tidak ingin mematahkan semangat sendiri kerana kami akan memulakan pendakian ke puncak Low's subuh-subuh nanti, lebih kurang jam 2 pagi, selepas bersahur, maknanya sempat lagi berehat dan tidur. Semasa mendaki dari Timpohon Gate (pelepasan pendaki) sehingga ke Laban Rata, sebuah tempat penginapan berbumbung kuning berlatarkan batu-batu gunung dan puncak tertinggi gunung Kinabalu itu, keletihan yang sukar digambarkan merasuk fizikal dan mental. Pada jam 8 malam kami semua masuk tidur dan saya tidak dapat melelapkan mata kerana sukar bernafas dan pening kepala. Altitude sickness dan oksigen nipis di atas gunung, memang perkara biasa. Seorang teman pendaki menghulurkan Panadol Actifast dan setelah saya telan 2 biji panadol tersebut, kesakitan kepala pun lega. Itulah panadol pertama yang saya ambil untuk tahun 2011, kerana saya memang tidak suka makan ubat. Tidak sangka pula ia sangat mujarab. Haha. Berganti pula dengan kembung perut yang menyebabkan saya berulang alik ke tandas. Airnya sejuk seperti ais cair!
| Bergambar sebelum acara pelepasan 80 pendaki |
| Pemandangan indah ketika menghampiri Laban Rata |
| Pemandangan indah ini mengubat keletihan! |
| Bunga-bunga gunung |
Pendakian kali ini merupakan yang paling manis kerana setelah sekian lama tidak mendaki, kali ini saya berpeluang mendaki bersama 79 orang pendaki yang terdiri daripada peserta pendaki lelaki dan wanita ( 8 orang sahaja) sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Kami semua adalah mewakili jabatan-jabatan kerajaan seperti Polis Diraja Msia, Angkatan Tentera Msia (71 Woksyop) Kem Lok Kawi, Regimen Askar Melayu Diraja, Tentera Laut Diraja Msia, Jabatan Imegresen Msia, Jabatan Pertahanan Awan Msia, Agensi Penguatkuasa Maritim Msia, Jabatan Bomba & Penyelamat Msia, RELA, Askar Wataniah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Radio Televisyen Msia (RTM) Kota Kinabalu dan last but not least saya sebagai Penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Kota Kinabalu. Kami semua berjumlah 80 orang dan telah melalui 10 hari latihan intensif di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Latihan yang mantap & mencabar!
| Plat menunjukkan ketinggian puncak Low's bersebelahan plat Gunting Langadan |
![]() |
| Bergambar bersama salah seorang teman pendaki dari ATM, Abang Ismail |
| Masa untuk turun dari Low's Peak ke Laban Rata |
Pendakian seramai 80 orang ini adalah dalam misi mengibarkan dan menjulang Logo Jalur Gemilang di puncak Kinabalu. Bukan cuma logo atau bendera, tapi logo atau bendera yang berukuran 9 meter x 4 meter dan seberat 191.5 kg di atas puncak Kinabalu! Bukan itu saja, kami akan membaca puisi merdeka bertajuk 'Keranamu Malaysia' karangan Pak Ahmad Sarju di atas puncak Kinabalu. Kedua-dua kategori ini adalah dalam misi untuk mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records! Sungguh menginspirasikan ya. Rasanya bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk membuktikan bahawa perpaduan kaum di negara kita bukan mustahil. Kami yang mendaki adalah terdiri daripada berbagai-bagai bangsa yang tinggal di negeri Sabah, termasuk mereka yang berbangsa Melayu dari semenanjung. Kesemuanya bekerjasama dan menjalin persahabatan akrab dan saling membantu baik semasa latihan intensif, juga semasa hari kejadian. Paling manis juga kerana pendakian ini dibuat pada permulaan bulan mulia, Ramadan. Berpuasa sambil mendaki gunung, membuktikan tidak ada yang mustahil kerana berpuasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan, tidur dan menunggu waktu berbuka sahaja. Syabas untuk semua pendaki! Nothing is impposible for the person who have faith in it.
Latihan intensif termasuklah latihan kecergasan pagi dan petang, seperti lari 2.4km membawa beg berisi besi-besi yang digunakan untuk dicantumkan menjadi logo Jalur Gemilang, tekan tubi, bangun tubi, berjalan merentas bukit, latihan memasang besi-besi menjadikannya 9m tinggi dan 4 meter lebar di atas tempat berpijak tidak rata dan curam dilakukan berulang-kali. Semua kepenatan, namun tidak ada sesiapa menyerah kalah, sehinggalah kami dilepaskan untuk mula mendaki pada 1hb Ogos yang lalu. Kesudahannya, kami berjaya! Pendakian dan dua misi kami mencapai kejayaan, lalu kami semuanya pulang dengan 3 sijil. Sijil dari Taman-Taman Sabah khas untuk mana-mana pendaki yang berjaya sampai ke Low's Peak dan yang paling manis adalah 2 sijil lain yang menandakan terciptanya 2 rekod baru di dalam Malaysia Book of Records.
Syukur Alhamdulilah!
![]() |
| Lihatlah segaknya logo Jalur Gemilang itu di atas puncak Kinabalu! |
![]() |
| Inilah Kejayaan kami! |
| Kenangan.. mereka ingin bergambar dgn latar d belakang tu, ada dlm duit RM1 kita..hehehe |
![]() |
| MBOR ! Taniah Geng Gunung.. |
![]() |
| Berita kejayaan kami di Akhbar Sabah Times |
![]() |
| Berita kami di Utusan Borneo |
![]() |
| Berita kami di Daily Express |
Mendaki memerlukan semua kesediaan jiwa, raga, fikiran dan segalanya, jikalau salah satu daripada itu menghadapi masalah, secara automatik pendakian yang dilakukan terasa menyakitkan, menakutkan dan membahayakan dan kemungkinan bahaya kehilangan nyawa akan berlaku kerana kelalaian bakal berlaku dan sebagainya. Pendaki harus menjaga kesihatan sebelum mendaki, mungkin ada baiknya untuk mengurangkan berat badan sebelum mendaki bagi mengurangkan tekanan pada lutut dan kaki sewaktu turun nanti.
Pendakian perlu dibekali pengetahuan, teknik-teknik mendaki, peralatan-peralatan mendaki yang penting dan juga latihan yang cukup untuk pendakian kerana impaknya amat ketara bagi mereka yang berlatih sebelum mendaki dan yang tidak berlatih, juga bagi yang kurang latihan.
Pengalaman mendaki gunung setinggi atau serendah manapun, yang telah menguji fizikal dan mental rohaniah dan spiritual kita perlu diaplikasi dalam kehidupan. Bagi saya sebagai penulis, rasanya saya ingin menulis seribu puisi dan cerita tentang Gunung Kinabalu, mungkin bukan seribu malah banyak sekali... insyaalah. Seandainya saat saya atau kamu jatuh rebah di dalam hidup selepas ini, fikirkan karektor seorang pendaki, maka tidak perlu kita mendaki gunung-gunung tertinggi kerana ketinggian itu letaknya pada saat kita menjadi diri sendiri, ugahari dalam diri, mengisi kehidupan ini dengan menjadi manusia yang lebih baik, setiap hari. Insyaalah semuanya akan menjadi lebih baik. Amin ya Rabbal Alamin.
Pengalaman mendaki gunung setinggi atau serendah manapun, yang telah menguji fizikal dan mental rohaniah dan spiritual kita perlu diaplikasi dalam kehidupan. Bagi saya sebagai penulis, rasanya saya ingin menulis seribu puisi dan cerita tentang Gunung Kinabalu, mungkin bukan seribu malah banyak sekali... insyaalah. Seandainya saat saya atau kamu jatuh rebah di dalam hidup selepas ini, fikirkan karektor seorang pendaki, maka tidak perlu kita mendaki gunung-gunung tertinggi kerana ketinggian itu letaknya pada saat kita menjadi diri sendiri, ugahari dalam diri, mengisi kehidupan ini dengan menjadi manusia yang lebih baik, setiap hari. Insyaalah semuanya akan menjadi lebih baik. Amin ya Rabbal Alamin.
Sekian Wasalam dari saya.
Pena Alam
Langgan:
Catatan (Atom)
Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..
Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..










