Jumaat

Salam Ramadan

...sedangkan mereka, sekian lama berpuasa siang dan malam. Siapalah kita di sisi Allah.
Esok bermulanya bulan Ramadan yang mulia, saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat-sahabat Pa'al. Semoga mendapat keberkatan. God Bless!

Rabu

Hilang, album pertama Guba akan dilancarkan selepas Aidilfitri

GUBA
Salam & selamat sejahtera!

Yeahhhh.. akhirnya! Sama-sama kita tunggu kemunculan album Guba yang pertama bertajuk 'Hilang' yang akan dilancarkan oleh Laguna Music insyaalah selepas Hari raya Aidilfitri ini kelak. Alhamdulilah.

 Tentang Guba di   http://entertainment.malaysia.msn.com/blog/blogpost.aspx?post=e4ad0b95-ff7f-44ab-b189-c4d1feea52a9


Memuatkan 10 buah lagu di dalam pre-dengar di WOWLOUD anda boleh membeli lagu-lagunya dengan kadar harga yang berpatutan juga. Di antara lagu-lagu yang terdapat di dalam debut ini ialah single You & Me, duet bersama Yuna dengan tajuk You're So Fine dan banyak lagi. Menarik juga ada duet bersama Diana Danielle si pelakon cantik manis tu, rupanya dia boleh juga menyanyi (hehe) dengan lagu bertajuk 'Beauty Company'. Selain lagu 'Hilang' dan 8 lagu english yang lain, 'Aku Pergi' adalah sebuah lagi lagu melayu yang dimuatkan di dalam album ini.

Malas ulas panjang-panjang ni, jemputlah saja ke wowloud dan dengarlah sendiri ya, anda cuma perlu muat turun wowloud dan sign in sahaja, lepas tu boleh dengar berjuta-juta lagu artis lain juga selain Guba.

Pre-Dengar Album 'Hilang' Guba di www.wowloud.com


Apabila mendengar lagu 'Hilang' yang menjadi tajuk debut Guba ini saya teringat seseorang yang sangat bererti bagi saya, Guba dan adik-beradik yang lain. Kebetulan pula, di bulan Julai, tanggal 27hb, jam 7.10 minit malam, maka genaplah 19 tahun pemergian bapa kami ke negara akhirat. Bagi saya, kejayaan Guba dan Laguna Music melahirkan album bertajuk 'Hilang' ini begitu signifikan dengan kami adik-beradik yang mengenang arwah bapa lebih-lebih lagi pada bulan ulang tahun pemergiannya ini. Kehilangan seringkali mengingatkan kita kepada ketiadaan yang pure, sejati, yang sebenar-benarnya. Memahami kehilangan dan ketiadaan, cukup dengan berdiam dan memahami diri sendiri, tidak perlu berjurai kata untuk menghuraikannya.


Walaupun selepas pemergiannya, harta tidak terbandingkan, yang tidak ternilai, yang tertinggal untuk kami hanyalah kata-katanya. Ironinya, bapa tidak banyak bercakap. Tidak banyak berpesan kepada kamipun sebaik-baik sebelum meninggal. Bapa seorang introvert yang tidak suka bercakap, tetapi sangat tegas dan banyak 'undang-undang invisible' yang cuma perlu ditegaskan semula dengan dehem atau batuk-batuk kecil. Contohnya, jelingan empat mata tanpa kata-kata dari balik surat khabarnya cukup dimengertikan saya dengan maksud ;
"Ini jam empat petang, bukan masa untuk bergelimpangan menonton TV, keluar sekarang! pergi bersukan, jogging, latihan Taekwondo, tanam bunga dan sebagainya, pemalas!"

Itulah bapa kami. Kenangan bersamanya bersemadi di hati kami walaupun kini kami kehilangan kasih sayang seorang insan bernama bapa. Kepada kita semua, Sayangilah kedua orang tua selagi mereka masih ada, sebelum kita terlalu lambat untuk berbuat demikian. Peluklah mereka sebelum kita terlalu lewat untuk menyatakan kita adalah anak-anak yang bersyukur!

Kepada Guba, Congrats on your first album. Kalau ada yang cakap tumpang tuah Yuna & Diana, lantaklah, rezeki sudah tertulis, alhamdulilah, kita mahu duet dengan artis sini-sini nyanyi lagu rasa sayang pun belum tentu dapat bei.... heeee, Good Job!!

Wah, tidak sabar tunggu album dilancarkan ni. Good job my bro! Syabas.


Wasallam.

Pa'al

Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..