Isnin

dekati aku tuhan


dekati aku tuhan
setinta setitik insan 
pemburu kasih ilahi
sekujurku derita sepi
maha terkecil diri ini
digugah berat resah
ampunkan aku 
dekati aku

bermula jauh dulu
kini tetap kurindu
esok aku terus menunggu
kasih cintaMu Rabbi
menyubur hatiku
menghalus jiwaku
tulus, murni 

dalam dakapan 
redhaMu.

pa'al & ummu anas
kk-jb
2441,180410

( Seperti kata kak ummu, puisi ini adalah ilham yang tercetus daripada oleh dua hati, dua diri..yang jauh ribuan batu antara dua daratan merentasi laut luas. Tidak pernah bersua wajah, hanya hati tertaut dalam kasih Ilahi...begitu takdir ketentuan Allah. Moga sentiasa segar dalam dakapan redha Ilahi..terima kasih kak ummu! )

10 ulasan:

  1. dekatilah dirimu dengannya pa'al...nescaya dia akan senantiasa bersamamu...yakinlah sifat al rahim...

    BalasPadam
  2. ...bermula jauh dulu,
    kini tetap kurindu...
    esok aku terus menunggu...
    kasih cintaMu Rabbi,
    menyubur hatiku
    menghalus jiwaku
    tulus, murni dalam dakapan redhaMu.

    ** begitu pa'al, entah mengapa akak trsentuh hati n trpanggil ingin mnyambung nukilanmu dik. Bagaikan jiwa kita ada kesinambungannya. subhanallah!

    BalasPadam
  3. kak ummu...!!!..salam sayanggg..

    ya..lihatlah gabungan puisi kita berdua.
    sesungguhnya inilah kenangan terindah bagi pa'al sejak menulis d blog ini...timakasih kak ummu...siapalah pa'al dpt menulis bsama kak ummu..lain kali kita deklamasi bsama pula puisi ni ya...:-)

    BalasPadam
  4. jutaan terima kasih pa'al,
    terlebih lagi...,siapalah diri kerdil ini..
    untuk menulis di sampingmu.
    Namun tringin sgt merasai tempiasan indah patah2 perkataanmu, agar hatiku juga bisa membisikan cerita setulus air laut...

    BalasPadam
  5. kak ummu...

    dengan bangaaaanya! ini puisi kita berdua :-D kannn...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...bagai satu hadiah dari Ilahi..sgt2 indah..

    benar kata pa'al...nanti akan kita deklamasikan bersama...lebih indah...lg, bila sifu az n uncle huss n teacher lyn ada brsama..ingin lihat senyum sifu!

    BalasPadam
  7. kak ummu..

    pa'al boleh tulis puisi tp pa'al kurang suka mendeklamasinya. sebab masa tulis tu hati yg bkata, gelombang d hati..

    mcm rasa x suka bila tgk org deklamasi puisi mcm tokoh politik berucap..berapi2,lepas tu tangan angkat turun naik.. hehehe, ada beberapa acara majlis deklamasi puisi itu ini pa'al x pergi...x apa la..kita deklamasi utk sifu n uncle, n teacher lynn, ok juga tu...ada kawan pa'al lg yg akan turut serta..MASH, kak ummu...hihihihihi..

    BalasPadam
  8. salam kak,

    dah tutup akaun FB ke? atau dah tukar nama? sy x dpt cari...

    BalasPadam
  9. salam Raja,

    Hai.. ya. mcm itulah..terpaksa tutup adikku. ada 1 projek sastera yg sgt hebat sedang berjalan sekarang,perlu komitmen yg sgt banyak.. memang kena byk disiplin ni..kalau tidak lepak dekat situ (fb) memanjanggg...mungkin suatu hari nanti akan on balik.. tgk la...

    jumpa juga pa'al di sini kan..

    datanglah slalu ya..


    salam sasteraaaa :-)

    BalasPadam


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..