Kalau diberi pilihan untuk bertukar menjadi binatang, saya memilih untuk menjadi burung helang. Pernah saya katakan pada seorang sahabat rapat, dia seorang manusia yang paling bersahaja di alam semesta ini. Kali pertama saya menaiki keretanya sewaktu mula-mula berkenalan dengannya sebelas tahun lalu, kami menaiki van putihnya. Katanya, van putih itu telah banyak meragut nyawa, bukan nyawa manusia tetapi nyawa selipar jepun mereka yang pernah menaiki van putihnya itu.
Dia mengandaikan sudah ada lebih daripada 30 pasang selipar jepun berbagai warna telah terbang melayang sendiri dari dalam van itu, menyebabkan kawan-kawan yang menumpang van putihnya terpaksa berjalan dengan sebelah selipar sahaja apabila turun, gara-gara tidak sedar sebelah selipar mereka telah menghilang ke atas jalan yang sesak di KK dan serata Kampungnya di Darau.
Semua selipar itu hilang, tinggal sejarah dan dia tidak menafikan jika ada juga yang cepat tersedar, berjaya meminta dia berhenti di tepi jalan untuk mengambil sebelah selipar mereka yang ketinggalan di atas jalan raya. Sempat dipungut. Kesemua selipar itu sebenarnya hilang melalui celah lubang sebesar kepala budak tujuh tahun yang terdapat di tengah-tengah van putihnya.
Dia mengandaikan sudah ada lebih daripada 30 pasang selipar jepun berbagai warna telah terbang melayang sendiri dari dalam van itu, menyebabkan kawan-kawan yang menumpang van putihnya terpaksa berjalan dengan sebelah selipar sahaja apabila turun, gara-gara tidak sedar sebelah selipar mereka telah menghilang ke atas jalan yang sesak di KK dan serata Kampungnya di Darau.
Semua selipar itu hilang, tinggal sejarah dan dia tidak menafikan jika ada juga yang cepat tersedar, berjaya meminta dia berhenti di tepi jalan untuk mengambil sebelah selipar mereka yang ketinggalan di atas jalan raya. Sempat dipungut. Kesemua selipar itu sebenarnya hilang melalui celah lubang sebesar kepala budak tujuh tahun yang terdapat di tengah-tengah van putihnya.
Sewaktu mula-mula melihat isi vannya, rahang saya hampir jatuh ke atas jalan raya di tempat letak kereta sebuah hotel di mana saya bekerja sebagai Koordinator Bahagian Komunikasi, ya sebelas tahun yang lalu juga. Pada ketika itu, hotel itu sedang mengadakan pameran lukisan cat airnya secara solo di sana. Saya tidak sama sekali menyangka dia adalah pelukis kepada berkeping-keping bingkai lukisan indah yang disusun di dalam van putihnya. Semenjak itu kami menjadi sahabat, bukan kerana lukisannya sahaja, tapi kerana dia juga mempunyai hati dan budi bahasa seindah lukisannya. Di suatu hari, sebelum dia sibuk menyiapkan lukisannya untuk pameran ke Jepun dan beberapa pameran lukisan antarabangsa yang lain, dia diam sahaja mendengar saya menyebut-nyebut tentang burung helang.
Kelmarin, kami di pejabat membuat latihan dalaman, seperti kebiasaannya di setiap bulan. Kebetulan, speaker kami memberikan tajuk latihan tentang Grid Kelakuan. Salah satu cara untuk mengenal diri sendiri dan teman-teman dengan mengandalkan burung-burung seperti Helang, Merak, Burung Hantu dan Merbuk sebagai cara untuk memprofail personaliti dan karekteristik kelakuan masing-masing. Saya memiliki gabungan karektor burung merbuk dan merak. Dan dalam banyak perkara, saya sangat setuju dengan kenyataan yang kononnya manusia yang tergolong di sini sangat baik dalam teamwork, menghargai persahabatan dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang sangat tinggi. Sungguhpun begitu, saya sedikit kecewa kerana saya berharap karekteristik helang itu adalah karekteristik saya. Oleh kerana keputusan saya adalah +4 dan 0, maka nilai 0 bagi profail extra personaliti mungkin ada sikit-sikit menyangkut pada helang, pada saya. hahaha.. Apapun, kita tahu diri. Grid kelakuan itu sangat seronok dibuat sambil bersantai-santai. Ok, saya memang sangat sukakan helang. Teringat lagu Noa - Eye in the Sky.
Pada suatu hari di bulan Jun, sahabat pelukis saya yang baik hati itu datang bersama keretanya, bukan dengan van putihnya (itu cerita sebelas tahun yang lalu). Ketika berbual-bual di dalam keretanya saya sempat curi-curi menjentik beberapa ekor semut merah dan mengagah seekor cicak kecil yang ramah, datang entah dari mana di dalam keretanya yang juga bersahaja seperti tuannya. Sahabat saya sedang sibuk perlahan-lahan bercerita tentang lukisan terbarunya yang sebesar pintu. Sebelum pulang, dia membuka bonetnya, besi-besi pintu bonet belakangnya berkeriut seperti anak-anak menguap baru bangun tidur dan kemudian berdentum ditutup. Harus ditutup kuat begitu, kata dia. Kereta lama, katanya lagi. Saya tidak kisah kerana saya tahu sahabat ini sememangnya senantiasa bersahaja.
Sahabat itu menghulurkan sesuatu kepada saya. Ia adalah sebuah karya lukisannya. Saya melonjak terlalu gembira. Berkali-kali saya ucapkan terima kasih padanya. Dia telah menghadiahkan saya sebuah lukisan Burung Helang yang sedang terapung untuk mendarat di sebuah pokok kayu yang sangat tinggi di atas langit, awan-awan di sekeliling kelihatan berarak, hidup. Sebelum menghidupkan enjin, sahabat saya tersenyum bersahaja dan berseloroh, katanya ; Ta, maaf lukisan itu tidak siap. Saya terpinga-pinga namun tidak kisahlah, saya sangat sukakan lukisan itu.
Saya melambai sahabat saya yang memandu sehingga pandangan saya pada nombor platnya yang patah, hilang dari pandangan. Saya memandang lukisan pemberiannya dengan rasa penuh bangga, pemberian lukisan yang kononnya tidak siap darinya, seorang introvert kelas pertama yang tidak pernah sedetikpun tidak bersahaja itu. Seorang sahabat baik yang tidak pernah menyusahkan hati. Saya terfikir, kalau saya ceritakan kepadanya tentang cerita merbuk dan merak, apakah pula reaksinya. Saya tersenyum saja. Apapun, Terima kasih, Mus!
pa'al

bila baca cerita ni..teringat pula saya pantun jenaka seorang "beliau" di kampung..mcm ni pantun dia..
BalasPadam"Abang Lang Abang Di Petingkabang"
"Lang Adik Di Petingkayasang"
HAHAHAHAHA...
haha.. sekurang2nya anda teringat pantun jenaka lama..hehehe
BalasPadam