![]() |
| 2008; Craig Wilhem Randavi, 3 sedang meletakkan lilin atas pusara kakaknya Daniella.. |
Ke Pusara Daniella
( Sebuah puisi untuk puteriku Rory Daniella )
Perjalanan ini terasa amat panjang
Hati pun kian remuk
Sebak meneman dada yang lara
Sunyi jadi kebiasaan yang hidup
Menghias birai-birai hari tanpa dia
Tawa sekadar mengubat bibir kelu
Tiada sebibit rasa untuk berkata apa
Angin di luar tingkap menderu laju
Seiring nafas kami yang sayu
Merindu dikau anak yang dikasihi
Sebegitu pantas masa bersamamu
Belum ku lihat dirimu berkata
Belum sampai hajat di hati
Melihat usia mu menginjak dewasa
Belum kesampaian anganku
Melihat kau memijak altar
Dengan rona manis pipimu
Waktu kau bertemu cinta
Takdir pahit ini teramat kejam
Menusuk ke jiwa manusia paling terdalam
Tatkala aku menyiram tubuhmu yang kaku
Dengan mandian terakhir dalam deraian air mata
Tatkala aku menyarung tubuh kecilmu
Dengan gaun pengantin putih mu yang suci
Tatkala aku menyarung sepasang sepatu putih
Pada kedua kaki mu yang tak pernah memijak bumi
Tatkala aku mengoles denai pipimu yang dingin
Dalam deraian tangis pada hati yang berkecaian
Tatkala aku menyisir rambutmu yang halus
Tatkala aku mengucup dahi mu yang damai
Tatkala melihat jasadmu diangkat masuk
Ke dalam perbaringan mu yang terakhir
Kecewa hati putus harapan
Sesal ini berpanjang-panjangan
Hidupmu penuh derita banyak
Sejak lahir hingga ke hembusan nafas terakhir
Semalam malam aku termimpikan
Dikau berlari girang bersama malaikat-malaikat syurga
Tiada lagi perit tusukan dikulitmu yang akrab tika hayatmu
Tiada lagi sempit nafas mengganggu tidur malammu
Tiada lagi maha derita takdir nan melingkar nasib dirimu
Hati ini pilu anakku
Entah bila terubatkan..
Mungkin sampai jiwa ini bersemadi
Hijau alam ibarat kasih kami
Mengisi rongga dada yang butuh nafas
Pusara ini daerah ratapan zahir batin
Buat ditangis melepas derita rindu
Pada nisan yang kaku
Pada kenangan yang syahdu, pada hibanya sendu
Selamat tinggal Daniella, anak ibu yang manis
Damailah dikau di sana , bersama Tuhan yang Agung
Cinta kami tak pernah kurang walau di mana pun kau kini
![]() |
| my lovely princess, the late Rory Daniella, Cerebral Palsy 12 Nov, 2003 - 12 Sept, 2008 |
Pena Alam
12 Sept, 2008
Hari Jumaat , 5:00 am


Dalam senafas, ada hayat yang mengikut jejakmu ;)
BalasPadamAmpuan Awang,
BalasPadamsalam.. lama saudara AA tidak berkunjung ke teratak Pa'al.
Terimakasih kerana sudi membaca puisi pa'al.
:)
aku orang kerdil yang inda tau apa2 untuk dibahaskan
BalasPadamngam la tu AA, sini tak perlu berbahas.. :) yg damai2 saja... :)
BalasPadamHai Penaalam..
BalasPadamnulikan ini amat menyentuh hati, seakan mencermin sejuta rahsia, dan pastinya ada cerita tersirat dan tersurat, namun andainya kesedihan disebalik coretan ini,aku doakan anda tabah mengharungi keadaan. Jangan lupa apapun situsai kita duka manapun hati kita atau malang manapun nasib kita sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
kioi29.blogspot.com
Kioi brader...kawan lama a.k.a kawan sejati...
BalasPadamtrimakasih sebab luangkan masa membaca puisi pa'al yg satu ini.trimakasih juga atas masa-masa susak senang yang dikongsi bersama...sesungguhnya persahabatan sejati amat bermakna bg seorang insan, bagi seorang pa'al.
thanks brad, chaiyo chaiyo!
KetentuanNya begitu, bagi kita yg ditinggalkan, kesabaran jua yg perlu dipupuk. Kita akan mengiringi
BalasPadamwalau nafas terhenti di sini,
BalasPadamhidupkan kenangan terindah dalam sanubari...
Manik-manik jernih bertakung di pelupuk mata kala membaca bait-bait kata puisi indah ni..
rintihan hati meresap ke urat perasaan.
Trimakasih kawan2 yg sudi membaca puisi ini :) :)
BalasPadam