Isnin

Bosan.

Saya telah deactivated account Facebook. Setiap hari saya membaca status update yang bermacam ragam diberitahu melalui telefon. Di mana-mana, ke mana-mana saya seperti diekori oleh status-status bermacam ragam yang diciptakan 'so called' kawan di Fb ini. Semacam diserang sosial harrasment la pula. Saya belum lagi tua untuk berhenti menikmati keseronokkan 'mengelilingi dunia' dengan internet namun setiap kita punya had, bukan?

Di FB, cakap saja apa pekerjaannya ~ doktor, jururawat, guru, pengetua, penjaga parking, bekerja, tidak bekerja? cakap saja apa pekerjaannya dan lihatlah di 'negara membiru' ini, kesemuanya dihimpun di dalam  suatu budaya yang melingkari manusia, salah satunya adalah budaya ekspresi diri, atau 'melepas perasaan'.

Bagus juga medium ini kalau difikir-fikirkan. Dahulu-kala, di zaman sebelum millenium ini perbezaan di antara tua dan muda sangat ketara.  Stress diluahkan di dalam cara yang agak skema berbanding kini. Duduklah berjam-jam di depan komputer dan buatlah eksplorasi anda di sini, sedar-sedar hampir setengah masa hidup anda hampir dihabiskan dengan FB. Semua ni mungkin pernah terjadi dengan kita, bukan?

Suatu hari, jika saya sudah bosan menjadi bosan mungkin saya akan aktifkan kembali FB saya. Namun, buat masa ini, fokus adalah kerja-kerja yang terbengkalai. FB bukanlah satu-satunya medan berkomunikasi dan buat masa ini ia lebih melalaikan dan saya selalu terlalai olehnya.(haha...ha, bukan salah sesiapapun)

Yang penting, waktu ini, selamatlah mata daripada sakit mata melihat keaktifan FB teman-teman yang saya pernah dan tidak pernah 'ketemu', terutamanya posting gambar-gambar wajah sendiri dari berbagai-bagai 'sudut' yang diambil dengan sebelah tangan bersama bulu mata palsu, senyuman manja, rambut mengurai, dada terburai (haha...ha), status kedudukan diri terkini (ke tandas, akan ke bilik tidur, akan ke dapur, setelah menonton filem, betapa seronoknya menonton bersama si cintanya), status atau segala macam bentuk ceramah-ceramah yang tidak henti-henti menyuruh saya menjadi baik dan sebagainya! Phewwww.

Sekurang-kurangnya sekarang ini, rehat!

Daaaaa...
pa'al
27022012

Rabu

Proses Kreatif.

Saya teringat sebuah randau Sastera yang saya hadiri lama dulu. Berbuih-buih mulut para panel membicarakan tentang proses kreatif. Apa dia proses kreatif buat anda?

Menurut DBP, proses kreatif  adalah proses merekayasa dengan menggunakan segala kebolehan mencipta anda, menghasilkan dan mengembang idea-idea baru dan paling penting asli, bukan cedokan daripada mana-mana bahan, ilham, karya atau apa juga, sebelumnya.

Muzik sememangnya sebahagian daripada diri saya, selain menulis dan menjadi manusia biasa. Video muzik di bawah rasanya cukup lengkap menunjukkan hasil sebuah proses kreatif yang boleh menginspirasikan, tergantung kepada bagaimana anda 'melihatnya' atau mendengarnya. Apa-apapun, berbalik kepada citarasa masing-masing, bukan?


:)

Pa'al.

Selasa

Doa untuk adik kecik.

Akhirnya dia berduet dengan Yuna, dulu lagu ini cuma dinyanyikan di dalam bilik tidur dia dan kamar mandi kami saja, kenangan.. hehe. Apapun, doa yang terbaik buat adik kami, Guba. Kalau bapa kami masih ada, dia tentu bangga. Ya.

Jumaat

Sinikal.

Bakat kurniaan Tuhan yang dapat memadamkan segala getusan sinikal sesiapa saja. Suaranya seindah seluruh nyanyiannya. Siapa tidak terharu melihat dia?

Khamis

Bulan Pisang ( Banana Moon)














Di hadapan pagi
di halaman kota ilmu
dua anak-anak itu
berpegangan tangan
berlari girang meniti
limpah larik cahaya bulan
yang masih lekat atas
hujung rumput-rumput
berselimut embun dingin

Di bawah bulan sabit
yang menyala kuning
mereka berhenti
mendongak langit,
kata mereka,
bulan pisang
adalah bulan yang manis
adalah bulan yang masih lena
lalu mereka berlari semula
ke hadapan pagi
di halaman ilmu
yang masih gelita
damai disuluhi cahaya
bulan pisang


pa'al, kk
di bawah lembayung bulan pisang
19012012
(untuk sasterawan-sasterawan kecilku)

Selasa

Menjahit ozon, anjing merah jambu dan seorang peminum kopi panas di waktu panas.

Bumi semakin panas. Kalau mahu menjadi kerepek goreng, silakan  berdiri di tengah jalan raya yang meruap, yang menyilaukan, yang menelan segala kelembapan dunia dengan berfatamorgana dan perlahan-lahan naik ke langit dan menuju entah ke mana itu. Tolak campur usia anda, agak-agak sepuluh bulan masa anda sepatutnya masih muda akan segera dapat disejat lantai bumi yang kering membara.

Entah kita yang sudah dewasa ini sedar atau tidak bahawa dunia kini semakin tidak selamat dihuni oleh manusia-manusia (cucu-cicit ..generasi kita) akan datang?

Mengapa pasar-pasar raya terkial-kial menyuruh kita membayar beberapa sen untuk harga sebuah beg plastik yang tidak mesra alam demi menggalakkan kita membeli beg beli belah yang lebar, yang kadang-kadang membuat kita kelihatan sepuluh bulan tiga hari lebih tua daripada usia sebenar.

Mengapa pula kita enggan membeli beg kitar semula itu? Mungkin kerana nilai dua puluh sen itu membuat kita rasa dianiaya hidup-hidup di zaman ini. Mungkin juga, kita memang manusia yang tidak suka kepada perubahan. Kajian beberapa pakar motivasi, ketika mengarahkan beberapa kumpulan orang dewasa melukis 'pemandangan di kampung saya'; hasilnya; ramai orang dewasa (tanpa mengira asal, bangsa, dibuat selang beberapa abad setiap kumpulan-diringkaskan begitu) hampir kesemuanya melukis objek gunung-gunung dan matahari yang muncul dari celah gunung. Salah satu indikator yang menunjukkan bahawa, manusia amat sukar berubah.

Walaupun ada juga beg guna / kitar semula yang kini agak 'fancy', ramai yg masih sanggup menggunakan beg plastik yang nantinya akan dibuang ke dalam tong sampah juga kelak. Apapun, bila agaknya kita akan menggunakan beg kertas bermutu tinggi dan mesra alam sebagai ganti kepada beg-beg plastik yang cuma boleh dibeli dengan harga dua puluh sen itu? 

Apapun, saya teringat sebuah cerita kartun di tv yang semacam berkaitan isu alam sekitar,  walaupun secara tidak langsung tapi rasanya ia mencuit hati. Ia adalah cerita seekor anjing yang berwarna merah jambu. Mungkin anda juga pernah menonton cerita tentang anjing ini yang  telah menyelamatkan dunia dengan menjahit lapisan ozon dengan jarum dan segulung benang baju panas. 

Anjing itu milik sepasang warga tua yang telah ditawan oleh 'snowman' dunia terakhir yang sakti tetapi murung dan penuh kekecewaan. Oleh kerana tempat tinggalnya di North Pole telah dicairkan secara tidak sengaja oleh 'pemanasan global' yang antaranya disebabkan lapisan ozon yang telah koyak, si patung salji tersebut telah membalas dendam kepada manusia dengan menukarkan sebuah gurun yang lebih panas daripada ketuhar sehingga menjadi sebuah lembah ais yang luas dan manusia-manusia yang melawan katanya akan disumpah menjadi beku, termasuk kedua tuan si anjing.

Setelah berjaya meloloskan diri dari kejahatan si snowman yang kejam, si anjing menggunakan seluar panjang tuannya yang dilarikannya sebagai payung terjun dan dengan bantuan sebuah kapal terbang yang juga berwarna merah jambu. Si anjing telah mengapung di langit di mana terdapat koyakan ozon yang menakutkan itu, kemudian  dia segera menjahit lapisan tersebut dengan jahitan yang sangat kemas dan ketat. 

Akhirnya, awan-awan di kutub utara kembali menggugurkan hujan salji dan sungai-sungai serta lautan yang baru sebentar bersuka ria berhempas-hempas ke tebing segera membeku semula dan semuanya menjadi seperti sediakalanya, termasuklah kawan-kawan patung-patung ais lain si jahat snowman itu. Si snowman kemudian kembali ke kutub utara dan mengembalikan dunia yang diganggunya kepada yang asal. Si anjing yang berjasa itu, menyalak manja tuannya yang kini cuma berseluar katuk corak bulat-bulat, si tuannya yang sememangnya perengus itu mengetuk kepala si anjing merah jambu lalu cerita diakhiri dengan si anjing girang  membuat aksi yang ditunggu-tunggu penonton setianya iaitu mengekek kepada mereka.

Realitinya, kita tidak memiliki anjing merah jambu untuk menyelamatkan dunia. Superhero-superhero yang diwujudkan sejak zaman kita masih kanak-kanak sekadar memberi inspirasi buat kita agar melakukan kebaikan, tidak kira di manapun atau untuk siapa, bukan? Lalu, apa yang perlu kita buat di kala dunia kita menjadi semakin panas? Sebagai manusia biasa, apa yang seharusnya kita lakukan adalah mendekati alam sekitar, di manapun kita berada dengan menyokong apa-apa juga usaha mana-mana pihak yang bertujuan untuk memelihara atau memulihara alam sekitar. Skema betul kenyataan ini, bukan? Namun saya mempercayainya.

Bukan pejuang alam sekitar, bukan juga ahli pencinta alam, saya cuma Pena Alam, seorang yang biasa-biasa namun sayangkan kehijauan dan kedamaian, serta segala usaha dan tindakan yang mampu 'menjahit kembali lapisan ozon' dengan 'jarum dan benang baju panas' seperti si anjing merah jambu itu. Kata kawan saya, manusia yang hebat adalah manusia yang senantiasa menginspirasikan alam di dalam karya dan kehidupannya, memuja alam, sama adanya seperti kita memuja dan memuliakan penciptanya. Saya juga percaya kata-kata itu.

Percaya atau tidak, kita akan lebih bersahabat dengan panas alam dengan meneguk kopi panas yang sedang-sedang manisnya. Itu kata saya. Mungkin anda bukan peminum kopi. Apapun juga, Andrea Hirata menulis novelnya Cinta Di Dalam Gelas, menulis buku besar tentang peminum kopi, mengisahkan betapa kopi panas atau sebaliknya mempunyai hubungkaitnya dengan jiwa, cinta, tingkahlaku manusia serta beberapa jenis-jenis sakit gila yang dikarangnya mengikut urutan nombor. Saya sukakan buku itu dan penulisnya yang gila-gila, ada banyak unsur-unsur kecintaan kepada kemanusiaan dan alam sekitar, tentunya, di dalam kesemua karya si Keriting itu.

Catatan ini sampai di sini saja untuk kali ini dan akan bersambung nanti, insyaalah. Sementara itu, cintailah dan sayangilah alam sekitar anda, dimana juga anda kini.



Wasalam,

Pa'al
kk, 10012012

Catatan hujung tahun : Marathon di tahun 2012!

Salam!

"Home, is where the heart is?"...  bagi saya: Home, is where my mum is. Kenapa? Anda kena teruskan membaca tulisan di bawah ini.

Hai, lama sudah saya tidak menulis di teratak Pa'al ni. Sebelum menutup lembaran 2011, saya teringat kisah semalam. Semalam yang dimaksudkan adalah benar-benar kisah semalam, bukan metafora bagi kisah-kisah sebelum hari ini. Hehe. Semalam maksudnya, 29 Disember, 2011.

Ok, Semalam, buat pertama kali saya sekeluarga menyaksikan aksi julung kali adik lelaki bongsu saya membuat persembahan di atas pentas kecil, di dalam sebuah majlis santai bernama #TwtUpKK (More than just a tweet), lokasinya adalah di sebuah tempat bernama Party Play, Lintas Plaza, Kota Kinabalu.

Sesampainya kami di sana, saya dapati rupa-rupanya acara tersebut adalah 'gathering' untuk tweeter-tweeter seantero Kota Kinabalu (Guba dipanggil untuk menyanyikan beberapa buah lagu), patutlah pengujungnya agak ramai daripada kalangan remaja dewasa dan sudah tentunya sudah ada pekerjaan (kalau bukan penganggur berduit) dan rata-rata memiliki 'smart phone' untuk 'tweeting' dan sebagainya(lah).

Guba sedang nyanyi nih..
Sementara menunggu-nunggu Guba membuat persembahan, saya mengisi pinggan mak dengan ceaser salad (itu saja menu yg ada, yang lain mak tak makan) dan saya ambik sedikit pizza dan makaroni keju dan kemudian kami (termasuk abang dan kakak) makan sambil berbual, sambil dihiburkan dengan nyanyian dua orang lelaki yang nada suaranya hanya mencapai kod tidak sumbang tatkala lagu yang dinyanyikan mencapai titik korus. Saya memaafkan anak muda itu kerana saya tahu, lebih cepat penyanyi-penyanyi itu berganti menyanyi, maka giliran adik saya akan sampai tanpa disedari.

ehsan: www.ahbing.com
Nasib baik kami dilahirkan dalam masyarakat yang sangat-sangat majmuk dan begitu fleksibel dengan apa juga. Untuk ini, saya tabik spring mak kami yang cukup sporting. Sporting kerana, ruangan 'Guba Reserved' yang terlalu malap, bunyi muzik yang berdentam-dentum serta kesemua pitcher dan cawan kacanya terlukis harimau belang walaupun isinya adalah air limau ais.

Meja khas kami
Respek juga untuk yang duduk di sekeliling meja kami, kerana mengawal diri daripada terkial-kial menari mengikut rentak muzik, mungkin kerana melihat ibu Guba ada duduk di sana bersama 'pengawal-pengawalnya' (kami) yang kelihatan seperti geng motor (sebabnya kena tengok gambar kami) Hahahaha. Rasanya kalau mak kami fussy, belum sampai lima minit berada di sana, kami akan beredar kerana majlis itu agak bingit. Tabik untuk ibu-ibu kita yang sangat memahami (Tiba-tiba saya melihat diri saya di dalam mak!) dan memikirkan apakah maksudnya deja-vu itu.

Guba & mom selepas show..nangis lagi. hehe
Mak dan kakak saya dirundung emosi ketika Guba mula memetik gitarnya dan menyanyikan 'Alright'. Menitis-nitis airmata mereka, tatkala nyanyian Guba di sambung dengan lagu baru bertajuk 'Hilang', kemudian 'Sunday Morning' dan akhirnya lagu yang masih menduduki carta pertama di Hitzkk (Hitz.fm) yang bertajuk 'You & Me'. Saya memandang sekeliling, penontonnya bersorak-sorak, gadis-gadis memandang dengan pandangan 'tajam', macam-macam, lalu saya terfikir, apa agaknya yang adik saya mahukan dengan menyanyi, agaknya? 

Ehsan: Laguna Music
Kalau arwah bapa masih ada, tentu dia akan berada di sini walaupun sedang sakit, kerana saya tahu, bapa akan menyokong usaha anak-anaknya asalkan mereka jujur dengan minat mereka, tidak mengabaikan pelajaran dan paling penting ingat orang tuanya, tentunya bapa akan menarik nafas bangga seperti mak, seperti kami semua. Saya masih ingat, bagaimana si Guba ini pernah menolak apabila kami olok-olok memintanya menyertai sebuah program realiti TV lama dulu, dia juga pernah menolak sebuah program realiti yang pada mulanya disertainya kerana program itu berkaitan dengan 'composing' sesebuah lagu. Setelah menjadi peserta top 10 dia menolak kerana satu sebab: Susunan program dan undang-undang program yang bercanggah dengan pendiriannya: Walaupun penganjur menyindirnya : Awak sudah begitu baguskah? Dia menjawab; Tidak, tapi saya percaya saya boleh buat lebih baik daripada apa yang kamu fikirkan, bukan dengan cara ini". 

Respek diri, hargai diri!
Saya tahu, apa yang membuatkan jejaka tinggi lampai bernama Guba itu duduk melalak di atas pentas adalah kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang muzik, bukan sekadar nyanyian, tetapi dia menghargai muzik dan rasa gembira, mendapat kepuasan apabila mereka (penonton) dapat dihiburkan dengan muziknya. Dia mahu diterima kerana bakatnya dan ingin membuat sesuatu yang disukainya. Dahulu, dia menyanyi berkurung di dalam bilik, di dalam bilik air. Rupa-rupanya lagu-lagu itulah yang saya dengar melalui radio sekarang. Yang pastinya, lagu-lagunya sudah mula mendapat tempat di arus perdana, menapak demi menapak, akhirnya dia akan mencapai impiannya, jadi yang terbaik untuk Guba. Ingatlah mak kita, kerana Home is where our Mom is. Why, because she is all we have. 

Tahun 2011 banyak menyedarkan saya betapa pendeknya hayat seorang manusia. Tahun ini sahaja, satu persatu ahli keluarga terdekat pergi meninggalkan kami selama-lamanya, ke negeri akhirat. Saya percaya, hanya cinta sejati sahaja akan membawa seseorang itu sehingga mengikut pasangan dikasihinya sampai ke liang lahad. Itu kata-kata di dalam tayangan gambar yang sebenarnya berasas, kerana mendiang datuk dan nenek kami yang pergi selamanya dengan cuma berselang kurang 40 hari. Diikuti dengan seorang anaknya kemudian.  Tahun ini juga, Trudy kehilangan dua batang gigi kacipnya. Neneknya mengajar supaya menimbus gigi tersebut di dalam tanah pasu bunga, menanam dengan tanaman herba, caranya mengajar anak kecil supaya menyayangi dan mengabdikan diri pada alam sekitar. Bukan meletakkannya di bawah bantal untuk menunggu hadiah dari pari-pari gigi di kala pagi. Lelem pula semakin budiman dengan tuturkata seperti : Mak, sudah makan? Mak, saya rindu mak; atau mak, tidurlah. Mak, saya mahu bercakap dengan bebeh (nenek). etcetera-etcetera. Kesemua yang kami buat adalah dilingkungi kasih-sayang mak. Seperti yang saya katakan tadi : Home, is where my mom is.

Tahun hadapan, 2012 yang berbaki sehari lagi ini menyediakan kemungkinan yang sukar diduga, tentunya banyak kejutan dan kegembiraan serta cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi kelak. 2011 akan kita tinggalkan dengan segala macam kenangannya, yang pastinya segala cabaran mendatang pada tahun 2011  sudahpun berjaya kita lepasi, bukan?! Kalau belum, lihat saja di mana anda sekarang? Di penghujung tahun 2011. Buktinya kita semua boleh, walau apapun dugaannya.  Buat rakan-rakan penulis, teruskan menulis dan menghasilkan karya-karya terbaik sebagai pencapaian untuk diri sendiri. Memecut di litar pertandingan ada baiknya untuk mendapat nama dan sebagainya, namun yang paling penting adalah membuktikan diri dengan karya terbaik. Mengejar nama tidak sama dengan memburu impian. Saya akan bermarathon di tahun 2012, bukan memecut barangkali, kerana marathon akan membuat saya sempat berfikir tanpa perlu berhenti, tidak membuang masa dan hasilnya 'kesihatan' walaupun bukan kejayaan besar. namun, berkat bersabar, siapa tahu kejayaan akan muncul sebagai pemangkin semangat. Apa-apapun akhirnya, saya telah menemui sesuatu yang sangat menggembirakan di penghujung tahun ini, iaitu ; sebab untuk terus hidup.

Saya ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2012 buat semua sahabat Pa'al dan semua pengunjung Teratak Pa'al, teruskan hidup sihat berkualiti! Jaga diri dan semoga persahabatan kita kekal selamanya.

..Home is where my mom is.

Wasalam,

Pa'al
kk

Rabu

1 Syawal .. dan 31 Ogos, 2011, Merdeka Raya !













Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin juga Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54, daripada saya untuk semua sahabat-sahabat Pena Alam di mana juga anda berada :)

Salam Merdeka Raya, salam tersayang!

Ikhlas,
Pa'al

Sabtu

Pa'al dan Gunung Kinabalu..Ekspedisi 1-2hb Ogos, 2011

Acara memasang besi-besi dan kain untuk menaikkan logo 

Bergambar beramai-ramai setelah menjulang Jalur Gemilang 9mx4m

Kali pertama memijakkan kaki ke Gunung Kinabalu adalah pada bulan September 1998. Selepas itu, saya tidak pernah lagi memikirkan untuk mendaki gunung Kinabalu kerana rasanya sudah lepas syarat menjadi orang Sabah. Bukankah gunung tertinggi di Asia Tenggara itu letaknya di dalam negeri kita, jadi rasanya syarat halimunan itu harus dicapai oleh semua rakyat Sabah, bukan saya yang tetapkan ..tapi alangkah ruginya jikalau kita tidak bersama-sama warga dunia yang berpusu-pusu ingin menakluk puncak tertinggi itu. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia semata-mata ingin mendaki Gunung Kinabalu, sedangkan kita sekadar berbangga dan mengatakan 'ya, gunung Kinabalu memang ada di negeri saya~Sabah', dan jawapan anda seterusnya tentu membuat anda befikir sendiri 'Ya, saya sebenarnya belum pernah mendaki gunung Kinabalu lagi'. Itu untuk konteks orang-orang Sabah, bagaimana pula teman-teman senegara kita di Semenanjung. Ok, mari kita tetapkan ~ sebagai rakyat Malaysia, cukup syarat jika anda sudah mendaki gunung Kinabalu sampai ke Puncak Low's.

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Taman Negara, Ranau
Apalah yang menarik sangat mendaki Gunung Kinabalu itu ya? Bagi saya, bukan apa yang menarik tetapi  anda perlu menjawab soalan ini ~ pernahkah anda menguji sejauh mana kemampuan fizikal & mental anda ke tahap paling maksimum, maksudnya MAKSIMUM. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa untuk mengetahui sejauh mana kecekalan, jati diri anda sebagai seorang manusia, buatlah aktiviti-aktiviti yang mampu memcabar fizikal, mental, rohani dan spiritual anda, untuk itu dakilah gunung, walau di manapun gunung-gunung itu.

Gunung-gunung yang wujud di alam semesta ini semuanya adalah ciptaan yang Maha Kuasa Allah SWT, Dia menciptakan segala sesuatu itu dengan bersebab, bukan? Tatkala mendaki dan berjaya sampai ke puncak Kinabalu dalam pendakian terbaru saya iaitu pada 1-2hb Ogos, 2011 yang lalu, saya mengalami satu fenomena yang tidak pernah saya lalui pada pendakian pertama dahulu, iaitu fenomena yang saya panggil 'detik 5 saat', yakni 5 saat kudus yang berlaku ke atas saya sebaik sahaja memegang plat puncak Low's Gunting Langadan 4095.5M pada jam 5.30 pagi. Detik antara saya dan negara arca di balik awan milik pencipta alam semesta yang sungguh menyentuh hati saya sebagai manusia yang tidak sesekali pun akan sempurna disisiNya ...Subhanaalah.

Pelepasan peserta ke Timpohon Gate dan seterusnya mendaki sehingga ke Laban rata

Bergambar di KM 3 ke KM4 bersama teman2 pendaki dan Guide berbaju putih 

Sedar tak sedar airmata saya menitik ketika memegang plat itu, terharu, kesyukuran dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika puncak Low's mula diterangi lampu-lampu suluh yang menyilaukan mata dan para pendaki yang terdiri daripada teman-teman yang sama-sama di dalam program mendaki ini juga peserta-peserta pendaki yang datang secara sendirian, pelancong dan dalam kumpulan kecil. Detiik semua orang berpusu-pusu ingin mengambil gambar secara giliran, kedengaran suara-suara urusetia dari ATM dengan lantang mengarahkan kami segera mengambil tempat untuk memasang besi-besi bagi mendirikan Jalur Gemilang. Saya yang baru saja sampai di atas puncak itu seakan tiba-tiba menjadi entiti yang asing apabila semua suara terasa hilang, semua insan-insan di sekeliling bergerak dan berkata-kata dalam gerak perlahan.

Sebuah perasaan yang tercipta ekoran daripada letusan kepuasan diri yang bukan alang-kepalang, mungkin itu cukup menggambarkan perasaan saya, saya juga kurang pasti. Yang pastinya detik 5 saat itu mencacah rasa unggul ini ke dalam jiwa saya iaitu satu perasaan yang paling nyata saya rasakan ~ merasa Kecil. Betapa sekecil-kecilnya kita di sebalik kejadian-kejadian ciptaan Allah... inilah kebesaranNya. Saya yang senantiasa merasa kerdil, kecil sebagai mahklukNya selama ini, merasakan diri saya terlalu, ahh terlalu sekali, lebih kecil, sekecil-kecilnya tatkala memijak puncak Kinabalu. Syukur Alhamdulilah. Seusai detik 5 saat itu, saya buang perasaan semacam melankolik yang tiba-tiba menguasai diri itu dan saya bangkit menyertai teman-teman yang sedang menyambungkan besi tapak demi tapak bagi menjulang logo itu ke langit, mengipas awan, menyisir angin! Kemudian dengan suara Puisi merdeka kami akan  meneriakkan puisi indah merdeka ke langit, mencabar badai berkelahi dengan kasih sayang dan persahabatan! Kami tahu, sekecil manapun bantuan di dalam perjuangan ini akan membantu kami bergerak setapak demi setapak bagi menjayakan misi ini.

Pada mulanya terbetik juga di hati yang mana saya tidak menjangka akan sampai ke puncak, kerana saya diserang altitude sickness yang agak teruk. Namun saya tidak ingin mematahkan semangat sendiri kerana kami akan memulakan pendakian ke puncak Low's subuh-subuh nanti, lebih kurang jam 2 pagi, selepas bersahur, maknanya sempat lagi berehat dan tidur. Semasa mendaki dari Timpohon Gate (pelepasan pendaki) sehingga ke Laban Rata, sebuah tempat penginapan berbumbung kuning berlatarkan batu-batu gunung dan puncak tertinggi gunung Kinabalu itu, keletihan yang sukar digambarkan merasuk fizikal dan mental. Pada jam 8 malam kami semua masuk tidur dan saya tidak dapat melelapkan mata kerana sukar bernafas dan pening kepala. Altitude sickness dan oksigen nipis di atas gunung, memang perkara biasa. Seorang teman pendaki menghulurkan Panadol Actifast dan setelah saya telan 2 biji panadol tersebut, kesakitan kepala pun lega. Itulah panadol pertama yang saya ambil untuk tahun 2011, kerana saya memang tidak suka makan ubat. Tidak sangka pula ia sangat mujarab. Haha. Berganti pula dengan kembung perut yang menyebabkan saya berulang alik ke tandas. Airnya sejuk seperti ais cair!

Bergambar sebelum acara pelepasan 80 pendaki
Pemandangan indah ketika menghampiri Laban Rata

Pemandangan indah ini mengubat keletihan!
Bunga-bunga gunung

Pendakian kali ini merupakan yang paling manis kerana setelah sekian lama tidak mendaki, kali ini saya berpeluang mendaki bersama 79 orang pendaki yang terdiri daripada peserta pendaki lelaki dan wanita ( 8 orang sahaja) sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Kami semua adalah mewakili jabatan-jabatan kerajaan seperti Polis Diraja Msia, Angkatan Tentera Msia (71 Woksyop) Kem Lok Kawi, Regimen Askar Melayu Diraja, Tentera Laut Diraja Msia, Jabatan Imegresen Msia, Jabatan Pertahanan Awan Msia, Agensi Penguatkuasa Maritim Msia, Jabatan Bomba & Penyelamat Msia, RELA, Askar Wataniah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Radio Televisyen Msia (RTM) Kota Kinabalu dan last but not least saya sebagai Penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Kota Kinabalu. Kami semua berjumlah 80 orang dan telah melalui 10 hari latihan intensif di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Latihan yang mantap & mencabar!

Plat menunjukkan ketinggian puncak Low's  bersebelahan plat Gunting Langadan

Bergambar bersama salah seorang teman pendaki dari ATM, Abang Ismail

Masa untuk turun dari Low's Peak ke Laban Rata

Pendakian seramai 80 orang ini adalah dalam misi mengibarkan dan menjulang Logo Jalur Gemilang di puncak Kinabalu. Bukan cuma logo atau bendera, tapi logo atau bendera yang berukuran 9 meter x 4 meter dan seberat 191.5 kg di atas puncak Kinabalu! Bukan itu saja, kami akan membaca puisi merdeka bertajuk 'Keranamu Malaysia' karangan Pak Ahmad Sarju di atas puncak Kinabalu. Kedua-dua kategori ini adalah dalam misi untuk mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records! Sungguh menginspirasikan ya. Rasanya bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk membuktikan bahawa perpaduan kaum di negara kita bukan mustahil. Kami yang mendaki adalah terdiri daripada berbagai-bagai bangsa yang tinggal di negeri Sabah, termasuk mereka yang berbangsa Melayu dari semenanjung. Kesemuanya bekerjasama dan menjalin persahabatan akrab dan saling membantu baik semasa latihan intensif, juga semasa hari kejadian. Paling manis juga kerana pendakian ini dibuat pada permulaan bulan mulia, Ramadan. Berpuasa sambil mendaki gunung, membuktikan tidak ada yang mustahil kerana berpuasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan, tidur dan menunggu waktu berbuka sahaja. Syabas untuk semua pendaki! Nothing is impposible for the person who have faith in it.

Latihan intensif termasuklah latihan kecergasan pagi dan petang, seperti lari 2.4km membawa beg berisi besi-besi yang digunakan untuk dicantumkan menjadi logo Jalur Gemilang, tekan tubi, bangun tubi, berjalan merentas bukit, latihan memasang besi-besi menjadikannya 9m tinggi dan 4 meter lebar di atas tempat berpijak tidak rata dan curam dilakukan berulang-kali. Semua kepenatan, namun tidak ada sesiapa menyerah kalah, sehinggalah kami dilepaskan untuk mula mendaki pada 1hb Ogos yang lalu. Kesudahannya, kami berjaya! Pendakian dan dua misi kami mencapai kejayaan, lalu kami semuanya pulang dengan 3 sijil. Sijil dari Taman-Taman Sabah khas untuk mana-mana pendaki yang berjaya sampai ke Low's Peak dan yang paling manis adalah 2 sijil lain yang menandakan terciptanya 2 rekod baru di dalam Malaysia Book of Records.

Syukur Alhamdulilah!

Lihatlah segaknya logo Jalur Gemilang itu di atas puncak Kinabalu!


Inilah Kejayaan kami!

Kenangan.. mereka ingin bergambar dgn latar d belakang tu, ada dlm duit RM1 kita..hehehe
MBOR ! Taniah Geng Gunung..
Berita kejayaan kami di Akhbar Sabah Times

Berita kami di Utusan Borneo

Berita kami di Daily Express

Mendaki memerlukan semua kesediaan jiwa, raga, fikiran dan segalanya, jikalau salah satu daripada itu menghadapi masalah, secara automatik pendakian yang dilakukan terasa menyakitkan, menakutkan dan membahayakan dan kemungkinan bahaya kehilangan nyawa akan berlaku kerana kelalaian bakal berlaku dan sebagainya. Pendaki harus menjaga kesihatan sebelum mendaki, mungkin ada baiknya untuk mengurangkan berat badan sebelum mendaki bagi mengurangkan tekanan pada lutut dan kaki sewaktu turun nanti. 
Pendakian perlu dibekali pengetahuan, teknik-teknik mendaki, peralatan-peralatan mendaki yang penting dan juga latihan yang cukup untuk pendakian kerana impaknya amat ketara bagi mereka yang berlatih sebelum mendaki dan yang tidak berlatih, juga bagi yang kurang latihan. 


Pengalaman mendaki gunung setinggi atau serendah manapun, yang telah menguji fizikal dan mental rohaniah dan spiritual kita  perlu diaplikasi dalam kehidupan. Bagi saya sebagai penulis, rasanya saya ingin menulis seribu puisi dan cerita tentang Gunung Kinabalu, mungkin bukan seribu malah banyak sekali... insyaalah. Seandainya saat saya atau kamu jatuh rebah di dalam hidup selepas ini, fikirkan karektor seorang pendaki, maka tidak perlu kita mendaki gunung-gunung tertinggi kerana ketinggian itu letaknya pada saat kita menjadi diri sendiri, ugahari dalam diri, mengisi kehidupan ini dengan menjadi manusia yang lebih baik, setiap hari. Insyaalah semuanya akan menjadi lebih baik. Amin ya Rabbal Alamin.


Sekian Wasalam dari saya.

Pena Alam

Khamis

Kebenaran yang kita belajar daripada kanak-kanak



Suatu hari, di sebuah lokasi bandaraya Kota Kinabalu yang sedang rancak berdenyutan, seorang ibu dan anak perempuannya yang baru berumur 6 tahun masing-masing melayan perasaan sendiri di dalam kereta. destinasi, rumah selepas waktu kelas tadika si anak perempuan selesai.

Si ibu memegang stereng kereta sambil menyanyi kecil, menghibur hati yang sebel kerana keadaan trafik yang sibuk. Sesekali dia mengusik anak perempuannya yang kelihatan letih, sibuk bermain bunga raya berwarna merah saga. Beg sekolahnya bersandar di kerusi. si ibu memerhatikan si anak yang sibuk bercakap-cakap, menenangkan bunga raya merah saga itu supaya bersabar kerana cuaca panas. Bunga raya itu dipetiknya selepas mendapat kebenaran si ibu semasa dalam perjalanan menuju kereta. Bunga milik tadika, yang dahan dan pucuknya agak melunjur keluar di luar pagar tadikanya.

Di langit, matahari dan lasykarnya sedang sibuk memanah cahaya teriknya ke lantai bumi. busur panahnya ada yang kecil dan ada yang besar ada yang halus ..ada yang tajam. semuanya menghunjam ke bumi. Kebetulan si ibu memasang kulit di tangannya yang ditopangkan di atas bahu pintu kereta di bahagian dalam. Tiada pilihan kata si ibu, mahu menyarung tangannya dengan sarung tangan, panas juga. tidak bersarung pun tetap panas. jadi dia membiarkan kulitnya dicucuk-cucuk busur panah yang diluncurkan lasykar matahari dari langit biru. sakitnya tidak melukakan kulit namun ia sampai ke hati kerana kepanasan yang sering dihulurkan matahari tanpa apa-apa bayaran itu selalu menerbitkan kegusaran, kegelisahan dan ia juga merupakan agen pemangkin kemarahan, lebih-lebih lagi jika malang menimpa di tengah jalan raya nan sesak, di tengahari buta seperti itu.

Seusai berfikir seperti itu, tidak semena-mena, di sebelah kiri jalan, berhampiran lampu trafik yang masih merah, sebuah kereta mewah berhenti dan lampu isyarat kecemasannya menyala-nyala. Anak perempuannya   juga tertarik dengan panorama tuan kereta yang kesakitan dipanah matahari dengan busur besar-besar itu. Dia meletakkan bunga rayanya di kerusi dan menopang siku di tingkap kereta yang bertutup rapat, matanya merenung kereta mewah dan tuan kereta yang mula berjalan mundar-mandir sambil melekapkan telefon bimbit di telinganya. Mungkin kerana dia orang besar, jadi lasykar matahari memberinya sedikit tuah di tengahari itu. Entah, apakah yang rosak tentang kereta itu, fikir si ibu, bertanya sendiri.

Tiba-tiba, si anak perempuannya bercakap dengan lantang dan kuat, membuat si ibu tersentak. katanya;

"Circle is the correct answer for the boxes, mummy."

Ketika si ibu berfikir-fikir, apakah kaitannya kata-kata anak manisnya itu dengan kerosakan kereta orang besar itu. Lampu trafik menyuruh mereka beredar dengan warna hijaunya. Si ibu berfikir dan berfikir sambil mulutnya terkunci, si anak manisnya sudah berbaring memeluk patung zirafahnya yang dinamakan Meenum itu. Dia tertidur.

Setelah sekian lamanya, si ibu, akhirnya tersenyum. Mungkin ertinya begini saja, putusnya; circle atau bulatan itu adalah matahari dan boxes atau kotak / benda segiempat itu adalah kereta orang kaya yang rosak, yang kebetulan juga menyerupai sebuah kotak besar.

Falsafah kanak-kanak bagi kebenaran kekuatan kebesaran manusia kadang-kadang hanya datang dari maha pencipta yang menciptakan matahari, dan Tuan kereta besar kepada kereta mewah berbentuk kotak itu telah menerima dugaan daripada benda-benda bulat yang telah membuat orang besar itu sedar bahawa dirinya juga, sama seperti insan-insan lain, yang kerdil, seumpama sebiji bola kecil yang akan bergolek ke arah kesenangan mahupun kesusahan, atas ketentuan Allah SWT. Benda-benda bulat tersebut adalah.... matahari, roda keretanya yang pancit, kepalanya yang bulat tiada berambut, serta ..perutnya yang bulat besar dan lain-lain lagi.

Si ibu merenung anaknya yang sudah tidur berdengkur kecil bersama Meenumnya, dari cermin pandang belakangnya. Si ibu tersenyum.


Pa'al
Kota Kinabalu
21072011

Selasa

Setahun yang lalu

Malam ini langit hitam, sangat pekat. Beberapa malam sebelumnya, hitam malam dicairkan gelung-gelung bulan bulat kuning yang juga digelarkan 'tawang' di dalam bahasa Dusun. Tiba-tiba saya teringat cerpen 'Tawang' yang saya hantarkan ke meja Editor Dewan Sastera yang belum mendapat sebarang maklum balas setakat hari ini (hehe..). Saya masih menanti cerpen itu disiarkan di DS. Mungkin tahun depan..mungkin juga tak disiarkan langsung. Apa-apapun saya berazam menghantar hujan karya kepada para editor ini kerana salah satu impian saya adalah melihat karya cerpen atau puisi saya disiarkan di DS, Mingguan Malaysia dan Berita Harian. Tahun ini saya dan beberapa penulis rapat dengan saya berazam akan melihat karya kami menongkah arus perdana. Kenapa? Besar maknanya bila sudah mampu bersaing di arus perdana.  Kalau tahun ini belum dapat, tahun hadapan ada lagi.

Genap detik dua belas tengah malam, saya menyedari saya bukan lagi insan yang sama seperti kelmarin. Usia saya bertambah lagi bermula detik ini. Saya bukan berubah menjadi seorang lain, namun yang berubah adalah jiwa dan roh yang semakin dewasa. Saya adalah saya seperti yang kalian kenali. Setahun lalu saya berbeza, tahun ini adalah tahun harapan dan tahun-tahun mendatang, adalah doa yang terhampar buat saya dan kita semua.

Cinta dan Kasih yang tidak sesekalipun akan terpadam buat ibuku, arwah bapa.. "atas nama CINTA, terlahir aku melihat dunia!" (Flop Poppy)!


Salam dari dunia mistikal Pena Alam!

Pa'al
280677

Sabtu

Aku cinta Pada mu











Cinta ini
takkan pernah terbendung lagi


Ketika senandung itu berkumandang
aku yang kecil bersujud menginsafi diri


Kasih, ditaburkan ke pelusuk hidupku
takkan pernah ada setulus cinta itu
di dalam sebanyak-banyak cinta
yang ditumpahkan dunia untukku


Aku sungguh kasih pada dia
aku sungguh mencintai dia
seluruh cinta-cintaku
adalah untukmu
Ya Allah


Pena Alam
Tawau, 
1607, 04062011

Selasa

Istimewa Semarak Pesta Kaamatan : Asal-usul kebudayaan tradisional kaum kadazan dusun: Magavau, Humabot, Sumazau, Bobohizan dan Lain-lain

Artikel ini saya perolehi daripada Perpustakaan Negeri Sabah yang ditulis oleh Datuk Jintol Mogunting.

Jika selama ini kita selalu mendengar lagenda Huminodun yang telah dikorbankan oleh kedua orang tuanya untuk keselamatan dunia, kali ini menurut versi yang diceritakan oleh Datuk Jintol Mogunting ini, agak berbeza penceritaan yang ditulis beliau. Datuk Jintol merupakan anak kepada bekas Ketua Anak Negeri, Mogunting Bin Botinjam. Seorang berbangsa Kadazan dan merupakan anak jati Sabah yang banyak mendengar kisah-kisah lagenda cerita rakyat Sabah yang diwariskan turun-temurun kepada beliau. Cerita ini turut diperolehi beliau daripada nenek moyangnya. Ceritanya berbunyi begini :

Pada suatu masa dahulu, terdapat sepasang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak tersebut berasal daripada batu. Batu-batu itu terapung di tengah-tengah ruang angkasa. Tidak berapa lama kemudian batu tersebut terbelah dua, menyebabkan kedua-dua anak tersebut lahirlah ke dunia. Yang lelaki bernama Huminodun dan yang perempuan bernama Suminundu.

Apabila kedua-duanya sudah dewasa, mereka jatuh cinta lalu berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Mereka kemudiannya menamakan anak perempuan tersebut dengan nama Hinokizan. Keduanya amat menyayangi Hinokizan. Hinokizan lahir dengan wajah sempurna, comel dan sihat. Huminodun dan Suminundu sangat gembira dan bangga kerana memiliki anak sedemikian.

Sejak Hinokizan lahir menyerikan kehidupan kedua Huminodun dan Suminundu, mereka bekerja keras dan bertungkus-lumus mencari nafkah keluarga bagi membesarkan Hinokizan dan untuk kehidupan mereka sekeluarga. Setiap hari, Huminodun keluar memburu binatang ke dalam belantara berdekatan kediaman mereka. Suminundu pula menguruskan rumah, ke hutan mencari kayu-kayu, mencari benih-benih tumbuhan untuk ditanam dan sesekali menebas semak-samun di sekitar rumah untuk dijadikan kawasan tananam bagi menanam benih-benih tanaman yang diperolehinya.

Pada suatu hari, pergilah Huminodun berburu ke dalam belantara. Tinggallah Huminodun dan Hinokizan di rumah. Huminodun telah pergi dengan lama sekali sehinggakan Suminundu kesusahan, tiada bekalan makanan yang cukup untuk mereka dua beranak. Pada masa tersebut, tanaman tidak menjadi kerana kemarau dan bencana yang tidak diketahui puncanya kepada masyarakat ketika itu. Dengan rasa berat hati, suatu ketika Suminundu membawa Hinokizan ke sebuah kawasan tanaman yang telah dibersihkannya bersama seuncang biji-biji benih untuk di tanam. Suminundu kemudiannya telah menanam kesemua biji-biji benih tersebut di kawasan tapak semaian yang telah dibersihkannya sebelum itu. 

Suminundu dan Hinokizan duduk menikmati suasana hutan yang damai, walaupun cuaca agak panas membahang ketika itu. Angin damai masih bertiup, menyebabkan Hinokizan si anak gadisnya yang manja itu tertidur di atas rumput. Suminundu mencari kutu-kutu yang terdapat di rambut Hinokizan. Setelah anak gadisnya itu tertidur, Suminundu mencari kekuatan di dalam dirinya untuk melakukan sesuatu yang amat dashyat untuk sebuah tujuan yang disimpannya di dalam hati. Suminundu mengeluarkan sebilah parang dan telah mengerat tubuh badan anaknya, darah memancut ke seluruh kawasan di mana Suminundu telah menanam kesemua biji benih yang dibawanya tadi. Suminundu merasa amat sedih namun dia melakukan sedemikian kerana makanan yang ada hanya untuk seorang sahaja dan dia sesungguhnya tidak mampu menyara kehidupan dia dan anaknya kerana Huminodun yang belum pulang-pulang itu.

Seminggu kemudian, Suminundu kembali ke kawasan di mana dia telah mengerat Hinokizan atas dasar kerinduan dan rasa sunyi kerana dia kini tinggal seorang diri di rumahnya. Huminodun belum juga pulang. Apa yang dilihatnya amat mengejutkan, kerana seluruh kawasan tersebut telah bertukar menjadi sebuah kawasan yang dipenuhi dengan tanam-tanaman yang sangat subur. Di situ bertumbuhlah tanaman seperti padi, jagung dan ubat-ubatan yang subur. Suminundu sangat gembira dan bersyukur kepada Kinoingan dan mengucapkan terima kasih kepada Hinokizan. dia percaya tanam-tanaman tersebut adalah jelmaan daripada darah, tulang, kepala dan bahagian-bahagian tubuh badan Hinokizan yang lainnya. Suminundu membawa semua hasil tanaman tersebut kembali ke rumahnya dan memasaknya sedikit demi sedikit. 

Tidak beberapa lama kemudian, Huminodun tiba-tiba muncul di muka pintu, mengejutkan Suminundu. Suminundu menerpa dan menceritakan segala-gala yang telah berlaku kepada mereka, iaitu dia dan Hinokizan. Huminodun tidak menyalahkan Suminundu, namun dia amat sedih atas kehilangan anaknya yang sangat dikasihi dan dirindui itu. Hasil buruannya diserahkan kepada isterinya dan kemudian Huminodun mengajak Suminundu untuk ke tempat kawasan di mana anak mereka telah menjelma menjadi tumh-tumbuhan itu. Huminodun mengalirkan airmata dan terus menebas sekitar kawasan tersebut sambil berduka. Dia merindukan satu-satunya anak mereka itu. Suminundu turut berduka dan merasa sangat sayu di dalam hatinya. 

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang sangat lembut menerpa mengikut hembusan angin yang bertiup di sekitar kawasan di mana mereka sedang berada itu. Setelah diamati Huminodun dengan teliti, dia tahu dan pasti bahawa suara yang didengarinya itu adalah milik anak mereka, Honikizan. Hinokizan menyeru Huminodun dengan suara lembut meminta dia mendengar dengan teliti. Katanya;

"Pak, saya ialah Hinokizan. Saya dapat melihat bapa namun kalian tidak dapat melihat saya kerana saya telah menjadi tumbuh-tumbuhan di sini. Ambillah tujuh tangkai padi yang paling tinggi dan selepas itu ikatlah kesemua tujuh tangkai padi itu dan carilah buluh kecil, belah dihujungnya dan selitkan tujuh tangkai pagi itu di antara belahan buluh di hujungnya. Apabila kesemua padi sudah dituai, bawalah kembali tujuh tangkai padi itu dan simpanlah ia dengan selamat. Masukkan ia ke dalam sebuah tajau besar. Selepas tiga puluh hari saya akan lahir ke dunia menemui bapa dan mak kerana saya sangat merindukan bapa dan mak. Ingatlah kata-kata saya ini, jangan sedikitpun tersilap, pak. Jika tersilap, bapa dan mak tidak akan dapat berjumpa dengan saya lagi. Ingatlah pak... " kata suara itu lalu lenyap.

Huminodun menceritakan pesanan Hinokizan kepada isterinya. Sumindun merasa sangat gembira dan bersyukur kerana anaknya tidak menaruh dendam padanya. Maka kedua mereka menuruti kehendak anak mereka itu dengan penuh berhati-hati. Setelah genap tiga puluh hari, Suminundu dan Huminodun berkumpul di tepi tajau. Mereka menunggu dengan penuh kesabaran. Kira-kira waktu matahari hampir terbenam di sebelah barat , maka terdengarlah oleh mereka bunyi-bunyi aneh daripada tajau itu. Tiba-tiba Hinokizan keluar daripada tajau dengan berpakaian aneh, lengkap dan penuh wibawa seorang Bobohizan. Hinokizan turut membawa bersamanya peralatan-peralatan keramat seperti gong, sesevion, hinibu dan macam-macam lagi. Suminundu dan Hinokizan menerpa dan memeluk anaknya. Mereka sekeluarga amat gembira dan berpelukan melepaskan kerinduan.  

Mereka berpesta dan bersuka ria sepanjang hari. Hinokizan mengeluarkan peralatan-peralatan lain yang berupa alat muzik dan menunjukkan kemahiran yang diperolehinya dengan bermain alat-alat muzik tersebut. Mereka menari-nari sehingga terciptalah tarian Sumazau. Hinokizan turut memaklumkan kedua orang tuanya tentang upacara-upacara mogondi, momuinait, magavau, humabot, bobohizan, magang dan moginakan yang dilimpahkan Kinoingan kepadanya sewaktu di dalam kehidupan roh di dunia lain. Hinokizan juga turut mengajarkan cara-cara membuat ubat-ubatan daripada akar-akar kayu dan tumbuhan-tumbuhan hijau yang terdapat di sekeliling mereka bagi mengubati orang sakit. Hinokizan menunjukkan kepada kedua orang tuanya berkenaan cara pengubatan Monohindong dan Mogsisingkod yang dilakukannya sebagai Bobohizan. Huminodun dan Suminundu merasa amat gembira dan bangga dengan kebolehan luar biasa yang telah dikurniakan Kinoingan kepada anak mereka itu.

sekian.


Demikianlah sebuah cerita pendek yang saya petik daripada artikel yang ditulis oleh Datuk Jintol. Versi ini mungkin berlainan daripada yang biasa kita dengar selama ini. Huminodun yang diceritakan umum merupakan seorang gadis yang dikaitkan dengan unduk ngadau, perlambangan bagi kecantikan seorang wanita suci pada waktu matahari berada pada keadaan paling terang, namun di dalam alkisah yang diperolehi penulis lagenda Hinokizan ini, Huminodun merupakan seorang lelaki dan bapa kepada watak utama iaitu Hinokizan. Hinokizan merupakan anak yang dilahirkan semula daripada tujuh tangkai padi dan kononnya merupakan Bobohizan pertama yang dikurniakan kinoingan kepada dunia dan rakyat jelata yang dilanda bencana alam. Demikianlah cerita rakyat dari sebuah versi yang agak berlainan daripada versi yang kita selalu dengar seperti di buku-buku dan juga versi cerita Huminodun yang dinyatakan pihak Muzium Negeri Sabah sendiri. Cerita rakyat adalah milik sejagat. Oleh kerana cerita ini bersifat disampaikan secara verbal melalui keturunan demi keturunan, mahupun dari mulut ke mulut, maka kebenarannya adalah  tidak diketahui oleh sesiapapun. Kecualilah Cerita Rakyat ini pernah dibukukan pada zaman dahulukala ataupun tertulis secara batu bersurat dan sebagainya, maka kita haruslah menganggap bahawa cerita rakyat ini  sebagai khazanah bangsa yang harus dijaga dan dipelihara di dalam jiwa kita, anak-anak sabah. Bagi saya apapun cerita rakyat tersebut, apa yang harus diambilkira oleh para pembaca adalah nilai-nilai murni, nilai kebudayaan dan citra tempatan yang tersirat dan tersurat di sebalik cerita tersebut.



Semoga semuanya terhibur dengan cerita ini dan Pa'al ucapkan Kotobian Om Kounsikaan Tadau Tagayo Do Kaamatan Nayatan Pogon Sabah 2011!

Wassalam.


Ikhlas, 

Pena Alam 
31052011;0908

Ahad

No Frontiers



By The Corrs


If life is a river and your heart is a boat
And just like a water baby, born to float,
And if life is a wild wind that blows way on high,
And your heart is Amelia dying to fly,
Heaven knows no frontiers and I've seen heaven in your eyes

And if life is a bar room in which we must wait,
'round the man with his fingers on the ivory gates,
Where we sing until dawn of our fears and our fates,
And we stack all the dead men in self addressed crates,
In your eyes faint as the singing of a lark,
That somehow this black night,
Feels warmer for the spark,
Warmer for the spark,


To hold us 'til the day,
When fear will lose its grip,
And heaven has its way,
Heaven knows no frontiers,
And I've seen heaven in your eyes

If your life is a rough bed of brambles and nails,
And your spirit's a slave to man's whips and man's jails,
Where you thirst and you hunger for justice and right,
And your heart is a pure flame of man's constant night,
In your eyes faint as the singing of a lark,
That somehow this black night,
Feels warmer for the spark,
Warmer for the spark,


To hold us 'til the day when fear will lose its grip,
And heaven has its way,
And heaven has its way,
When all will harmonise,
And know what's in our hearts,
The dream will realise

Heaven knows no frontiers,
And I've seen heaven in your eyes,
Heaven knows no frontiers,
And I've seen heaven in your eyes



(Di kala saya kehilangan 'punca'..tiba2 suatu malam saya terjumpa kembali lagu ini - dinyanyikan oleh Sharon Corr & Caroline Corr, kedua2nya merupakan musician yg mempunyai suara yg sangat sedap - Sharon pemain biola & Caroline bermain drum - biasanya Andrea Corr akan menyanyi sementara Jim Corr akan bermain gitar atau piano, mereka adik-beradik dari Ireland, setelah sekian lama tidak mendengarnya, saya ingin berkongsi senikatanya yang bagi saya amat menginspirasikan dengan anda)



Catatan Pendaki Langit : Pertinjuan awan hitam dengan angin, Maryamah Karpov dan Peluncur air.

Di penghujung Mac, saya agak terpegun melihat jadual kehadiran kerja saya yang banyak lompang. Memang agak pemalas kamu itu bulan lalu; kata kertas putih yang ketat mukanya barangkali kerana wajahnya tidak dihiasi warna-warna dakwat selain hitam dan biru, berkotak-kotak bibirnya mencebik saya.

Tandatangan saya pula berlingkar-lingkar seperti cacing tersimpul di setiap hujung kotak, menandakan saya ada datang bertugas. Namun menurut kertas itu, saya pemalas. Mungkinlah, saya terima saja. Sebelum kerani kami membuat 'wrapped up' ke atas jadual, kertas putih itu mengangguk-angguk dan mohon maaf pada saya setelah ia mendapat tahu bahawa kebanyakan kotak di mana saya tidak mengikat leher cacing dengan ekornya, adalah waktu-waktu di mana saya berada di luar kawasan. Di mana saya dalam misi mendaki- mendaki langit ke langit dengan kuda besi. Kertas putih itu tersenyum mesra, mungkin kagum pada cerita-cerita kembara saya di langit, sebelum dia ditindih dan disimpan jadi khazanah tahun 2011 bersama saudara-saudaranya yang antaranya telah dicomoti semacam warna gincu bibir-merah; di situ kelihatan simpulan ular sawa - ketua pejabat saya telah mengikat kepala ular sawa dengan menggunakan ekornya ular itu sendiri pada kotak khas untuk ketua pejabat kami iaitu di kotak  paling bawah, kertas jadual milik beberapa sahabat sepejabat. Kasihan ular sawa itu, ikatan itu tentunya tak akan terlepas sebelum saya dan beliau membuat penilaian SKT hujung tahun ini.

Sambil memerhatikan lebih banyak ular-ular tedung, selar, orok-orok dan ular lidi di ikat dan dikurung di dalam kotak-kotak kecil oleh ketua pejabat saya, teringat saya kepada salah sebuah pendakian ke langit di pantai timur Sabah, baru-baru ini. Saya melihat keindahan awan semasa cuaca tidak menentu ini sangat-sangat menarik. Saya teringat pula puisi-puisi yang saya tulis semasa kuda besi saya berlari tenang meredah belukar-belukar awan. Ketika itu, seorang penumpang kuda besi saya duduk di sebelah. Saya namakan dia Maryamah Karpov, kenapa?..anda kena baca, Cinta Di Dalam gelas, atau Maryamah Karpov. Cari watak Enong. Maryamah Karpov - airmukanya memang ceria dan dia sangat bergaya. Walaupun Enong tidak begitu - Maryamah ini begitu. Cuma.. anda memang kena baca cerita Enong dan pakaiannya pada kejuaraan catur 17 Agustus. Maryamah saya memakai pakaian serba hitam dan ketika saya baru mengangkat pen ingin mencatat keindahan awan yang muncul berpegangan tangan, romantis sekali- Maryamah menghulur silaturahim, dimulakan dengan sebuah cerita. Cerita tentang sampah sarap yang muncul dari lautan serta kekecewaan-kekecewaannya terhadap past, present dan future berkaitan hal yang sama - sampah-sarap. Saya meletakkan pen dan mendengar ceritanya - menarik.

Saya merenung mata Maryamah saya, ada sesuatu yang tidak beres pada hiasan matanya, mungkin maskara atau penggaris mata. Ah, tidak mengapalah. Dia bersungguh-sungguh berceloteh tentang sampah, yang mana kali ini datang dari pulau-pulau. Bagaimana jeti yang dibinakan mereka ( dia dan kawan-kawannya) sepatutnya membantu mengurangkan pembuangan sampah dan sepatutnya mendapat pulangan - apabila sampah diangkut operator pusat peranginan dari pulau-pulau ke tanah besar- mereka (operator-operator pusat peranginan) membawa bersama sampah-sarap dari pulau, dilonggokkan di jeti persendirian mereka; dan mereka tidak menggunakan jeti yang dibinakan khas oleh Maryamah dan kawan-kawan. Maryamah saya kesal kerana sampah-sampah itu dilonggokkan di jeti persendirian, dan  tidak menggunakan jeti Maryamah dan kawan-kawannya. Mereka (Maryamah dan kawan-kawan) dipersalahkan kerana sampah-sampah dari pulau itu tidak diangkut dengan cepat. Kata Maryamah, jika mereka menggunakan jeti itu ( yang dibinakan oleh dia dan kawan-kawan), alangkah senangnya bagi mereka mengangkut sampah dari 1 tempat (macam one-stop), Maryamah dan kawan-kawannya juga akan dapat pulangan. Saya memerhatikan Maryamah, Sebenarnya saya kalut- di tangan, ingin menulis tentang keindahan awan, tapi Maryamah berapi-api menyebut perihal-perihal sampah sarap. Saya bertahan, silaturahim ini memang unik. Saya terus mendengar cerita Maryamah.

Ketika Pelayan kuda besi saya datang menghulurkan sebungkus kacang masin dan jus oren sebagai alas perut, saya berterimakasih. Maryamah dan saya makan makanan dari langit itu. Saya merenung pen dan buku catatan, berhasrat ingin mencatat cerita yang baru melintasi pandangan saya- Tentu sekali Maryamah yang sibuk dengan cerita sampah-sarap itu tidak melihatnya, kerana saya telah melihat awan hitam sedang bertinju dengan angin; baru saja dileraikan dengan kemenangan seri 3-3 oleh pengadilnya -Tuhan.Kenapa angka 3?Menurut penulis tersohor dari seberang itu- Tuhan menyukai angka ganjil. Entah mengapa, segera saya teringat tarikh Tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini - 11 haribulan, bulan 3 tahun 2011. Subhanallah.

Maryamah merenung plastik kacang dengan teliti. Saya menjelingnya, namun saya menulis tentang pengadil- Kata saya, Dia mengajar kita tentang kemerdekaan dalam lukisan-lukisannya di langit, kerana itu tiada siapa pernah melihat Dia. Maryamah melipat plastik kacang. Saya ingin menulis lagi, namun Maryamah membisik di telinga saya-tahukah kau, kami (dia dan kawan-kawan) pernah menjuarai pertandingan Inovasi memerangkap sampah-sarap yang datang dari dua kampung setinggan di kiri dan kanan daerah kelahirannya itu. Saya mengangguk-angguk demi mendengar perancangan strategik, bahan-bahan, jumlah kakitangan serta peralatan-peralatan yang digunakan mereka (dia dan kawan-kawan) dalam usaha menjuarai pertandingan Inovasi itu, sesekali saya menonjolkan wajah kagum-tidak percaya pada Maryamah saya, lebih kepada sekadar memberi sokongan kepada keghairahan dia bercerita. Kerana saya percaya, manusia tanpa passion terhadap sesuatu adalah manusia yang paling membosankan. Mungkin juga kerana saya agak letih. Katanya, sebesar plastik kacang itupun sampahnya, tidak mampu menembusi pagar inovasi di muka lautan yang diciptakan mereka (dia dan kawan-kawannya). Saya menonjolkan air muka terkagum-kali ini yang betul-ikhlas. Maryamah terkejut, sempat melatah kecil dan  terpaksa berhenti berbicara sebentar, kerana pinggangnya baru sahaja dicucuk oleh seorang penumpang kuda besi saya dari belakang.

"Ti, nah. (tangan yang menyucuk pinggang itu menghulurkan sebungkus kacang yang sudah dibuka - tidak kelihatan wajahnya). Habis sudah kacangmu Ti?(maksudnya-ambiklah kacang ni aku tidak mahu makan lagi/kerana tidak sedap/sudah kenyang etc, walahualam).

Rupanya nama Maryamah karpov saya adalah Siti  dan insan yang menyucuk pingggangnya dari belakang tempat duduk kuda besi saya itu adalah kawannya. Entah mengapa mereka tidak duduk bersama, fikir saya. Maryamah menyambung lagi, menceritakan bahawa mereka (dia dan kawan-kawan, termasuk kawan yang menyucuk pinggangnya itu) mendapat pujian bagus daripada Datuk M-kerana inovasi canggih itu-sehingga menjadi juara. Saya mengangguk-angguk sambil memikirkan tentang catatan-catatan pendaki langit saya, tentang awan dan samudera langit, yang tertunda- kerana Maryamah kelihatan sangat perlu menghabiskan cerita-cerita menariknya tentang sampah-sarap; kepada saya.

"Maryamah, saya kira- pengadil cerita saya tentang pertinjuan awan hitam dengan angin dan pertandingan inovasimu- adalah sama..." kata saya di dalam hati, yang belum sempatpun saya suarakan, kerana Maryamah yang tadi memuja-muji - kini sedang mengutuk Datuk M. Saya buru-buru menggosok hidung kerana tersedak angin. Saya teringat cerita Ikal tentang Pamanda dan selangkangnya, bagaimana dia menganiaya sebuah mesin pengisar kopi yang dinamakan Ikal sebagai Yamuna di dalam Cinta Di Dalam Gelas lagi. Saya tersengih. Maryamah makan kacang yang diberikan kawannya dan saya menutup buku catatan saya setelah menyelitkan pen di celahnya. Kata Maryamah, Datuk M marah-marah, naik angin pada mereka (dia dan kawan-kawan) kerana sampah-sarap masih datang dari lautan luas dan mencemari daerah kecil mereka yang terkenal dan didatangi pelancong dari luar negara itu. Maryamah dan kawan-kawannya mati akal dengan method kedatangan sampah yang satu ini kerana ia terlalu bersifat semulajadi. Kasihan Maryamah (dan kawan-kawannya). Memang betul daerah kelahirannya terkenal, terutamanya kerana setitik pulau pertikaian yang secara sah telah menjadi milik Malaysia selama-lamanya beberapa tahun sudah.

Setelah kuda besi saya meringkik-mengumumkan kami akan mendarat sebentar lagi - Maryamah mencatatkan nombor telefonnya dan menjemput saya datang ke pesta perahu di daerahnya yang akan berlangsung pada awal bulan April ini. Katanya- pasti meriah! Tidak rugi datang cik! dan aneh- selepas itu Maryamah saya membisu. Dia memejamkan matanya, lalu tidur. Saya menarik nafas dan lega! 'Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya minta nombor telefonnya!' Catat saya di dalam buku catatan - dalam bahasa Murut Timugon, di hujungnya saya catat lagi - 'well, just in case'-dalam kurungan.. saya catat juga - titik bertindih dengan huruf p dihujung. Hanya saya memahami catatan itu.

Ketika kuda besi saya hampir mencecah bumi, saya memikirkan cerita-cerita Maryamah Karpov saya. Sampah sarap dan keghairahannya melihat dunia tanpa sampah. Obsesinya pada usaha menghapuskan sampah di daerah kecilnya yang penuh dengan cabaran-cabaran. Kemiskinan selalu datang bersama sampah-sarap- kata Maryamah. Sampah-sarap dibuang ke laut lepas, dan lepas itu sampah akan dikembalikan kepada kita oleh lautan. Hebat falsafah Maryamah fikir saya, walaupun agak klise tapi dia sangat jujur. Lautan memang hebat, fikir saya dan Maryamah Karpov saya itu memang wanita yang sangat unik - keramahan yang luar biasa dan obsesi yang bukan main-main. Dia juga mempunyai wajah yang sangat bersahabat - selepas dipandang 3 kali.

Setelah saya fikirkan, cerita tentang Maryamah saya lebih menarik dan menginspirasikan daripada cerita seorang pelukis hebat yang juga seorang peluncur air profesional yang baru saja menemui pusat luncur air baru mereka (si pelukis/peluncur dan kawan-kawan) di utara sabah. (Katanya, jangan bagitahu orang lain lokasi itu duluan, ya) Ketika saya ajak-ajak ayam beliau (pelukis/ peluncur itu) untuk sama-sama melakukan 'Awareness Campaign'- memungut sampah di sepanjang pesisir pantai indah di hujung tanah borneo ini sebagai aktiviti Good Citizen, katanya- Kau tahukah, berapa banyak sampah-sarap ada di sana?..berapa banyak kayu-kayu besar ada di atas pantai itu, berapa banyak itu dan ini... bla..bla..bla. Mengecewakan, tapi tidak mengapalah. Biasalah tuan, mana ada pantai tidak dihiasi sampah. Saya teringat teori sampah-sarap Maryamah Karpov saya tentang lautan yang mengembalikan sampah-sarap kepada pantai - dunia.

Saya terbayangkan Maryamah atau Kak Siti dan keghairahannya terhadap dunia bersih-tanpa sampah-sarap. Obsesinya- luar biasa. Lalu segera pula saya teringat kembali sebuah kembara dasar lautan saya dahulu - memungut sampah di dasar lautan bersama mereka (saya dan kawan-kawan) dalam Projek penyelam-penyelam skuba lulusan PADI secara sendiri-sendiri- secara suka-suka, yang tidak dibiayai sesiapapun. Sebuah kembara yang tidak memerlukan pulangan dan pengadil, namun kepuasan yang timbul terlalu luar biasa. Menakjubkan. Saya masih jelas perasaan itu. Di dalam hati, saya berharap Maryamah akan terus kekal dengan obsesinya dan sahabat peluncur air saya akan dapat meneruskan keghairahannya terhadap ombak di utara, sekurang-kurangnya saya berharap dia dan kawan-kawannya tidak menambah sampah-sarap yang sedia ada.

Tanpa sebab, dengan penuh yakin saya telah mengikat leher seekor naga panjang, tersimpul di kepala dengan ekornya ketat-ketat, tak mungkin akan lerai sehingga menjelang Tahun baru cina akan datang pun. Buku catatan pendaki langit-melihat dari mata burung- itu saya tutup kerana saya dan kuda besi sudah sampai ke destinasi. Kuda besi saya kemudiannya, saya sewakan kepada pendaki-pendaki langit lain secara percuma. Maryamah sudah menaiki teksi bersama kawan yang menyucuk pinggangnya tadi, laju, harus cepat pulang, katanya - urusan masih banyak di pejabat - sampah-sarap harus dihapuskan menjelang pesta perahu April ini.

Saya gembira kerana semasa mendaki langit, saya sempat berulang-alik naik ke langit dan turun menyusur pelangi terus ke dasar lautan, dan kemudian meloncat ke daratan - ke bumi, sebelum kembali menjadi pendaki langit yang melihat dari langit ke langit, membayangkan dunia tanpa sampah-sarap, tanpa sempadan. Terbayang wajah kertas putih yang mengendong cacing-cacing tersimpul, yang meronta-ronta, dikurung di dalam kotak-kotak kecil di atas dadanya, sekurang-kurangnya dia terhibur dengan cerita kembara saya. Kembara seorang pendaki langit. Saya menaip- titik bertindih dengan penutup kurungan, kemudian titik bertindih dengan huruf P dihujung.

Sekian.

Pena Alam
Kota Kinabalu
01042011

Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..