Bumi semakin panas. Kalau mahu menjadi kerepek goreng, silakan berdiri di tengah jalan raya yang meruap, yang menyilaukan, yang menelan segala kelembapan dunia dengan berfatamorgana dan perlahan-lahan naik ke langit dan menuju entah ke mana itu. Tolak campur usia anda, agak-agak sepuluh bulan masa anda sepatutnya masih muda akan segera dapat disejat lantai bumi yang kering membara.
Entah kita yang sudah dewasa ini sedar atau tidak bahawa dunia kini semakin tidak selamat dihuni oleh manusia-manusia (cucu-cicit ..generasi kita) akan datang?
Mengapa pasar-pasar raya terkial-kial menyuruh kita membayar beberapa sen untuk harga sebuah beg plastik yang tidak mesra alam demi menggalakkan kita membeli beg beli belah yang lebar, yang kadang-kadang membuat kita kelihatan sepuluh bulan tiga hari lebih tua daripada usia sebenar.
Mengapa pula kita enggan membeli beg kitar semula itu? Mungkin kerana nilai dua puluh sen itu membuat kita rasa dianiaya hidup-hidup di zaman ini. Mungkin juga, kita memang manusia yang tidak suka kepada perubahan. Kajian beberapa pakar motivasi, ketika mengarahkan beberapa kumpulan orang dewasa melukis 'pemandangan di kampung saya'; hasilnya; ramai orang dewasa (tanpa mengira asal, bangsa, dibuat selang beberapa abad setiap kumpulan-diringkaskan begitu) hampir kesemuanya melukis objek gunung-gunung dan matahari yang muncul dari celah gunung. Salah satu indikator yang menunjukkan bahawa, manusia amat sukar berubah.
Walaupun ada juga beg guna / kitar semula yang kini agak 'fancy', ramai yg masih sanggup menggunakan beg plastik yang nantinya akan dibuang ke dalam tong sampah juga kelak. Apapun, bila agaknya kita akan menggunakan beg kertas bermutu tinggi dan mesra alam sebagai ganti kepada beg-beg plastik yang cuma boleh dibeli dengan harga dua puluh sen itu?

Apapun, saya teringat sebuah cerita kartun di tv yang semacam berkaitan isu alam sekitar, walaupun secara tidak langsung tapi rasanya ia mencuit hati. Ia adalah cerita seekor anjing yang berwarna merah jambu. Mungkin anda juga pernah menonton cerita tentang anjing ini yang telah menyelamatkan dunia dengan menjahit lapisan ozon dengan jarum dan segulung benang baju panas.
Anjing itu milik sepasang warga tua yang telah ditawan oleh 'snowman' dunia terakhir yang sakti tetapi murung dan penuh kekecewaan. Oleh kerana tempat tinggalnya di North Pole telah dicairkan secara tidak sengaja oleh 'pemanasan global' yang antaranya disebabkan lapisan ozon yang telah koyak, si patung salji tersebut telah membalas dendam kepada manusia dengan menukarkan sebuah gurun yang lebih panas daripada ketuhar sehingga menjadi sebuah lembah ais yang luas dan manusia-manusia yang melawan katanya akan disumpah menjadi beku, termasuk kedua tuan si anjing.
Setelah berjaya meloloskan diri dari kejahatan si snowman yang kejam, si anjing menggunakan seluar panjang tuannya yang dilarikannya sebagai payung terjun dan dengan bantuan sebuah kapal terbang yang juga berwarna merah jambu. Si anjing telah mengapung di langit di mana terdapat koyakan ozon yang menakutkan itu, kemudian dia segera menjahit lapisan tersebut dengan jahitan yang sangat kemas dan ketat.
Akhirnya, awan-awan di kutub utara kembali menggugurkan hujan salji dan sungai-sungai serta lautan yang baru sebentar bersuka ria berhempas-hempas ke tebing segera membeku semula dan semuanya menjadi seperti sediakalanya, termasuklah kawan-kawan patung-patung ais lain si jahat snowman itu. Si snowman kemudian kembali ke kutub utara dan mengembalikan dunia yang diganggunya kepada yang asal. Si anjing yang berjasa itu, menyalak manja tuannya yang kini cuma berseluar katuk corak bulat-bulat, si tuannya yang sememangnya perengus itu mengetuk kepala si anjing merah jambu lalu cerita diakhiri dengan si anjing girang membuat aksi yang ditunggu-tunggu penonton setianya iaitu mengekek kepada mereka.
Realitinya, kita tidak memiliki anjing merah jambu untuk menyelamatkan dunia. Superhero-superhero yang diwujudkan sejak zaman kita masih kanak-kanak sekadar memberi inspirasi buat kita agar melakukan kebaikan, tidak kira di manapun atau untuk siapa, bukan? Lalu, apa yang perlu kita buat di kala dunia kita menjadi semakin panas? Sebagai manusia biasa, apa yang seharusnya kita lakukan adalah mendekati alam sekitar, di manapun kita berada dengan menyokong apa-apa juga usaha mana-mana pihak yang bertujuan untuk memelihara atau memulihara alam sekitar. Skema betul kenyataan ini, bukan? Namun saya mempercayainya.
Bukan pejuang alam sekitar, bukan juga ahli pencinta alam, saya cuma Pena Alam, seorang yang biasa-biasa namun sayangkan kehijauan dan kedamaian, serta segala usaha dan tindakan yang mampu 'menjahit kembali lapisan ozon' dengan 'jarum dan benang baju panas' seperti si anjing merah jambu itu. Kata kawan saya, manusia yang hebat adalah manusia yang senantiasa menginspirasikan alam di dalam karya dan kehidupannya, memuja alam, sama adanya seperti kita memuja dan memuliakan penciptanya. Saya juga percaya kata-kata itu.
Percaya atau tidak, kita akan lebih bersahabat dengan panas alam dengan meneguk kopi panas yang sedang-sedang manisnya. Itu kata saya. Mungkin anda bukan peminum kopi. Apapun juga, Andrea Hirata menulis novelnya Cinta Di Dalam Gelas, menulis buku besar tentang peminum kopi, mengisahkan betapa kopi panas atau sebaliknya mempunyai hubungkaitnya dengan jiwa, cinta, tingkahlaku manusia serta beberapa jenis-jenis sakit gila yang dikarangnya mengikut urutan nombor. Saya sukakan buku itu dan penulisnya yang gila-gila, ada banyak unsur-unsur kecintaan kepada kemanusiaan dan alam sekitar, tentunya, di dalam kesemua karya si Keriting itu.
Catatan ini sampai di sini saja untuk kali ini dan akan bersambung nanti, insyaalah. Sementara itu, cintailah dan sayangilah alam sekitar anda, dimana juga anda kini.

Wasalam,
Pa'al
kk, 10012012
Pa'al
kk, 10012012