Khamis
Kebenaran yang kita belajar daripada kanak-kanak
Suatu hari, di sebuah lokasi bandaraya Kota Kinabalu yang sedang rancak berdenyutan, seorang ibu dan anak perempuannya yang baru berumur 6 tahun masing-masing melayan perasaan sendiri di dalam kereta. destinasi, rumah selepas waktu kelas tadika si anak perempuan selesai.
Si ibu memegang stereng kereta sambil menyanyi kecil, menghibur hati yang sebel kerana keadaan trafik yang sibuk. Sesekali dia mengusik anak perempuannya yang kelihatan letih, sibuk bermain bunga raya berwarna merah saga. Beg sekolahnya bersandar di kerusi. si ibu memerhatikan si anak yang sibuk bercakap-cakap, menenangkan bunga raya merah saga itu supaya bersabar kerana cuaca panas. Bunga raya itu dipetiknya selepas mendapat kebenaran si ibu semasa dalam perjalanan menuju kereta. Bunga milik tadika, yang dahan dan pucuknya agak melunjur keluar di luar pagar tadikanya.
Di langit, matahari dan lasykarnya sedang sibuk memanah cahaya teriknya ke lantai bumi. busur panahnya ada yang kecil dan ada yang besar ada yang halus ..ada yang tajam. semuanya menghunjam ke bumi. Kebetulan si ibu memasang kulit di tangannya yang ditopangkan di atas bahu pintu kereta di bahagian dalam. Tiada pilihan kata si ibu, mahu menyarung tangannya dengan sarung tangan, panas juga. tidak bersarung pun tetap panas. jadi dia membiarkan kulitnya dicucuk-cucuk busur panah yang diluncurkan lasykar matahari dari langit biru. sakitnya tidak melukakan kulit namun ia sampai ke hati kerana kepanasan yang sering dihulurkan matahari tanpa apa-apa bayaran itu selalu menerbitkan kegusaran, kegelisahan dan ia juga merupakan agen pemangkin kemarahan, lebih-lebih lagi jika malang menimpa di tengah jalan raya nan sesak, di tengahari buta seperti itu.
Seusai berfikir seperti itu, tidak semena-mena, di sebelah kiri jalan, berhampiran lampu trafik yang masih merah, sebuah kereta mewah berhenti dan lampu isyarat kecemasannya menyala-nyala. Anak perempuannya juga tertarik dengan panorama tuan kereta yang kesakitan dipanah matahari dengan busur besar-besar itu. Dia meletakkan bunga rayanya di kerusi dan menopang siku di tingkap kereta yang bertutup rapat, matanya merenung kereta mewah dan tuan kereta yang mula berjalan mundar-mandir sambil melekapkan telefon bimbit di telinganya. Mungkin kerana dia orang besar, jadi lasykar matahari memberinya sedikit tuah di tengahari itu. Entah, apakah yang rosak tentang kereta itu, fikir si ibu, bertanya sendiri.
Tiba-tiba, si anak perempuannya bercakap dengan lantang dan kuat, membuat si ibu tersentak. katanya;
"Circle is the correct answer for the boxes, mummy."
Ketika si ibu berfikir-fikir, apakah kaitannya kata-kata anak manisnya itu dengan kerosakan kereta orang besar itu. Lampu trafik menyuruh mereka beredar dengan warna hijaunya. Si ibu berfikir dan berfikir sambil mulutnya terkunci, si anak manisnya sudah berbaring memeluk patung zirafahnya yang dinamakan Meenum itu. Dia tertidur.
Setelah sekian lamanya, si ibu, akhirnya tersenyum. Mungkin ertinya begini saja, putusnya; circle atau bulatan itu adalah matahari dan boxes atau kotak / benda segiempat itu adalah kereta orang kaya yang rosak, yang kebetulan juga menyerupai sebuah kotak besar.
Falsafah kanak-kanak bagi kebenaran kekuatan kebesaran manusia kadang-kadang hanya datang dari maha pencipta yang menciptakan matahari, dan Tuan kereta besar kepada kereta mewah berbentuk kotak itu telah menerima dugaan daripada benda-benda bulat yang telah membuat orang besar itu sedar bahawa dirinya juga, sama seperti insan-insan lain, yang kerdil, seumpama sebiji bola kecil yang akan bergolek ke arah kesenangan mahupun kesusahan, atas ketentuan Allah SWT. Benda-benda bulat tersebut adalah.... matahari, roda keretanya yang pancit, kepalanya yang bulat tiada berambut, serta ..perutnya yang bulat besar dan lain-lain lagi.
Si ibu merenung anaknya yang sudah tidur berdengkur kecil bersama Meenumnya, dari cermin pandang belakangnya. Si ibu tersenyum.
Pa'al
Kota Kinabalu
21072011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..
Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..

Hidupkan umpama roda...
BalasPadamiiii best nyerr blog awq.......i love it....
BalasPadamNim Yorza.. Budak Perantau..trimakasih..hidup seumpama roda dan akan terus berputar di atas paksinya.. sebarkan kebaikan dan jiwai kemurnian hati..mudah2an kita akan selamat dan hidup rukun damai ..
BalasPadam