Malam ini, ketika melayari kota internet seperti malam-malam sebelumnya..tak sengaja pula, entah macam mana aku terdengarkan lagu ini. Tak pernah aku meminati penyanyinya kerna dulu, bagi ku lagu-lagunya terlalu tua bagi ku (maaf kepada peminat-peminatnya ya..). Lagi satu, mungkin aku tak menyukainya kerana bahagian tingkap jauhari ku yang tertutup agak keras, rebel, 'jahat', sensitif, menyebabkan citarasa muzik ku pula lebih menjurus irama yang lain, tak perlu kusebutkan apa irama itu (hehe..), cukuplah kalau aku katakan aku tak pernah tak mendengar silverchair setiap kali berdepan pc ini :-) dan rasanya sebab aku tak mendengar lagu-lagu penyanyi ini kerana rasanya aku tak layak, kerana setelah ku kaji dengan memuat turun lagu-lagunya, kesemuanya penuh bahasa puitis dan penuh makna mendalam. Seperti adanya lagu 'menjaring matahari' ini, bahasanya amat puitis..dan muzik intronya, yang pastinya menangkap matahari yang menyelimuti hati-hati yang tersayu mendengarnya. Begitu juga dengan 'Cinta Sebening Embun' ini. Penyanyi ini punya muzik-muzik intro yang sangat hebat dengan bahasa puitis terindah. Cuba-cuba lah cari dua lagu ini, dengar dan lihat apa pendapat kalian pula.. terpulang..
Menjaring matahari
ebiet g. ade
Kabur ...sengajakah engkau mewakili fikiran ku
Pekat....hitam berarak menyelimuti matahari
Aku dan semua yang ada di sekelilingku
Merangkak menggapai dalam gelap
Mendung..benarkah petanda akan segera turun hujan
Deras..agar semua basah yang ada di muka numi
Siramilah juga jiwa kami semua
Yang tengah dirundung kegalauan
Roda zaman menggilas kita terseret tertatih-tatih
Sungguh hidup terus diburu, berpacu dengan waktu
Tak ada yg dapat menolong selain yang di sana
Tak ada yang dapat membantu selain yang di sana
Dialah Tuhan..Dialah Tuhan
Cinta Sebening Embun
ebiet g. ade
Pernahkah kau cuba menerka?
apa yang tersembunyi di sudut hati
Derita di mata, derita dalam jiwa
Kenapa tak engkau pedulikan?
Sepasang kepodan terbang melambung
Menukik bawah seberkas pelangi
Gelora cinta, gelora dalam dada
Kenapa tak pernah engkau hiraukan?
Selama musim belum berkulir
Masih ada waktu saling membuka diri
Sejauh batas pengertian , pintu pun tersibar
Cinta mengalir sebening embun
Kasih pun mulai deras mengalir
Cemerlang.. sebening embun
Pernahkah kau cuba membaca?ebiet g. ade
Kabur ...sengajakah engkau mewakili fikiran ku
Pekat....hitam berarak menyelimuti matahari
Aku dan semua yang ada di sekelilingku
Merangkak menggapai dalam gelap
Mendung..benarkah petanda akan segera turun hujan
Deras..agar semua basah yang ada di muka numi
Siramilah juga jiwa kami semua
Yang tengah dirundung kegalauan
Roda zaman menggilas kita terseret tertatih-tatih
Sungguh hidup terus diburu, berpacu dengan waktu
Tak ada yg dapat menolong selain yang di sana
Tak ada yang dapat membantu selain yang di sana
Dialah Tuhan..Dialah Tuhan
Cinta Sebening Embun
ebiet g. ade
Pernahkah kau cuba menerka?
apa yang tersembunyi di sudut hati
Derita di mata, derita dalam jiwa
Kenapa tak engkau pedulikan?
Sepasang kepodan terbang melambung
Menukik bawah seberkas pelangi
Gelora cinta, gelora dalam dada
Kenapa tak pernah engkau hiraukan?
Selama musim belum berkulir
Masih ada waktu saling membuka diri
Sejauh batas pengertian , pintu pun tersibar
Cinta mengalir sebening embun
Kasih pun mulai deras mengalir
Cemerlang.. sebening embun
Sorot mata dalam menyimpan rindu
Sejuta impian, sejuta harapan
Kenapakah mesti engkau abaikan?
Abang meminati hampir keseluruhan lagu ebeit. Beliaulah penyanyi, selain Sudirman, Alleycats, MNasir dan Endang S Taurina, Broery, Bimbo yang abang minati.Ada diantaranya boleh dihafal di luar kepala. Ebeit merupakan penyanyi yang luar biasa. Lagu-lagunya memikat dan menyentuh. Ebiet G Ade atau namanya Abdul Ghaffar Abdullah merupakan lulusan empat thanawi dari pesantren guntur darussalam. antara rakannya ialah Emha Ainun najib dan seorang lagi ustaz yang kini berada di Tambunan, Hadiq Ismail.
BalasPadamLagu perjalanan ini sangat menyedihkan, salah satu lagu popularnya yang menjadi filler tsnunami di tv itu dicipta selepas kejadian letusan gunung berapi di tanah tinggi dieng di jawa tengah pada tahun 1979 yang mengorbankan hampir 100 nyawa. Khabarnya ada album terbaru tetapi waktu ke Jakarta Oktober lepas, abang belum lagi menemuinya.
abg nad,
BalasPadamTerima kasih atas info yang indah itu. Dia dikurniakan suara yang sangat sedap.Setelah 'menggoogle' biografi beliau, sungguhlah dia seniman Indonesia. Paling menarik bagi saya, beliau ada 4 orang anak-anak pria dengan nama-nama yang sangat unik seperti Abietyasakti Ksatria Kinasih, Adaprabu Hantip Trengginas, Byatuasa Pakarti Hinuwih dan Segara Banyu Bening, aduhh..indahnya nama-nama itu!katanya dia juga memelihara lebih 20 ekor burung-burung di rumah mereka di Ciganjur, Pasar Minggu, Jakarta selatan..rasanya, dengan bakat sebagai pemuisi, beliau juga layak digelar, sasterawan Indonesia, bukan..?