Rabu

Sea Slugs ..




Nembrotha Pupureolineata
(Nudibranch)

Penghuni dasar lautan
Kenit pada kasarnya mata
Tanduknya lembut bercabang dua
Ekornya kemerahan tiga cabangnya
Tubuhnya Indah lembut gemalai
Tiada gentar pada gilanya arus
Atau ramahnya tenang arus yang suam
pada kejamnya tajam karang-karangan
Dia berkuasa dalam lembut lemah
Sungguhlah unik wahai Nembrotha
Penghuni lautan luas terbilang


2 ulasan:

  1. amoii aaa...cute oo itu Nembrotha....klu aku ada akuarium mo ku pelihara...he he he

    BalasPadam
  2. hehehe..nudi tinggalnya dalam air masin saja. cuba lebarkan tapak tangan, besarnya hanya sekerat hujung jari-jari kita saja..kecil kan..

    BalasPadam


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..