Selasa

Ulasan Cerpen "Samad"

Keanekaragaman Pengalaman Mencetuskan Kreativiti Bercerita 


Oleh Puan Siti Hajar Che Man, Tunas Cipta September 2010  mengenai cerpen "Samad" karya Pena Alam


Membaca cerpen "Samad" membuatkan bibir saya mengukir senyuman. Saya terkenangkan Sasterawan Negara A. Samad. Said. Saya harap Pak Samad pun akan membaca cerpen "Samad" ini kerana pengarangnya, Pena Alam mengabadikan watak Orked Mulya yang terlalu obsesi dengan seorang lelaki bernama Samad.


Watak Samad dianggap oleh Orked sebagai "wira yang menghidupkan negara jiwaku". Setelah saya meneliti inti pati dan olahan cerpen Samad ini, maka dapatlah saya nyatakan bahawa Pena Alam cuba bermain dengan idea-idea psikoanalisis. Maka ada unsur-unsur personaliti bahagi dua yang dibina untuk watak Orked Mulya, juga ada olahan yang cenderung kepada fikiran bawah sedar.


Menterjemahkan fikiran bawah sedar yang dialami oleh watak-watak tertentu untuk dihayati oleh pembaca bukanlah mudah untuk dilakukan. Hal ini kerana seseorang pengarang yang cekap, matang dan mahir sudah tentu bijak untuk mengawal jalan cerita, latar dan watak. Dua perkara ini amat penting dilaksanakan dengan sempurna supaya mesej yang hendak disampaikan itu dihayati oleh pembaca. Situasi itulah yang berjaya dicapai oleh Pena Alam.


Pengarang mencipta watak Orked Mulya dari suku Kadazan-Dusun yang telah berkahwin dalam perjalanan untuk menemui suaminya di Hotel Penchatar untuk berbulan madu di Gunung Penchatar dengan menaiki pesawat ringan milik suaminya. 


Olahan cerpen ini dipersembahkan dalam empat dimensi. Pertama, suasana pada hari perkahwinan Orked Mulya dan suaminya serta seluruh masyarakat murut Timugon.Kedua, suasana yang bersifat bawah sedar yang memaparkan pembaca kepada penemuan Orked Mulya dengan lelaki bernama Samad serta manuskrip yang dikarangnya. Ketiga, suasana di alam realiti yang menemukan pembaca dengan Profesor Budi dan dua pemuda yang membawa khabar tentang penemuan bangkai pesawat ringan yang jatuh terhempas. Peristiwa ini juga memaklumkan kepada pembaca bahawa Orked Mulya telah hilang ingatan tetapi begitu tekun menulis sehinggalah Orked menemui ajal. Dimensi keempat, lebih merujuk kepada latar Orked Mulya dalam keadaan personaliti bahagi dua dan halusinasi, dalam dunia khayalan yang hanya Orked mengetahuinya.


Ada ketika dapat dirasakan, jasadnya tiada tetapi rohnya ada. Orked umpama  manusia halimunan yang dapat membaca kesan dalam beberapa situasi. Situasi 1: ketika roh Orked "terjerumus masuk ke bilik kerja Profesor Budi", situasi 2: "Profesor Budi dan pemuda menjeling ke arah pintu yang bergerak seperti dipuput angin kencang"; situasi 3: Orked berdiri dan berlari menguak tombol pintu namun ia tidak dapat memegang tombol itu, dan situasi 4: "Orked menjerit dan menangis tetapi tiada siapa mendengar".


Maka pembaca dimaklumkan semasa dalam alam bawah sedar itulah Orked telah melihat suaminya Soulis yang telah memadu kasih dengan wanita lain. Peristiwa ini hanya diketahui oleh Orked dan pembaca sahaja tetapi tidak kepada Profesor Budi dan dua orang pemuda tersebut. Secara amnya, cerita iniagak kompleks, tetapi dimudahkan kefahaman kepada pembaca oleh pengarang kerana ada jalinan yang sempurna antara keanekaragaman dengan kreativiti. Latar realiti dan alam fikiran bawah sedar disatukan dengan kemas yang membolehkan pembaca turut mengalami satu proses yang disebut "the sense of place" yang dijelaskan oleh David Lodge,"after many pages of this sort of thing you might fall asleep from exhaustion, but not from boredom" (1998:60). 


inilah salah satu kesan yang dirasai oleh pembaca apabila tenggelam dalam halusinasi dan khayalan Orked. Pembaca dan Orked sama-sama menjelajah, merasai dan mengharungi situasi dan lokasi sama ada di alam nyata dan khayalan yang dilalui oleh Orked. Ini satu eksperimen yang berani dan dapat dipersembahkan dengan baik oleh Pena Alam. Syabas!


*        *        *


Setinggi-tinggi terima kasih dan salam tersayang buat sifu Pa'al, sifu Azmah Nordin yang telah membimbing Pa'al dalam menjadikan cerpen yang tersiar ini menjadi sebuah cerpen yang mendapat ulasan sebegini daripada pihak Tunas Cipta. 


Juga untuk sifu fenomena Pa'al, Abang Naddin! juga Mash, kalian senantiasa memberikan kepercayaan bahawa Pa'al boleh menulis lagi selepas 'lumpuh' pena selama 14 tahun.


terima kasih ibuku, terima kasih Allah swt. semoga ilham terus menghuni jiwa ini utk bermimpi, menulis, bersastera, terus hidup... aminn..




Pena Alam 
21092010;00:12

2 ulasan:

  1. salam pa'al,
    alhamdulillah syukur kehadrat ilahi..tahniah atas kejayaan kamu!!!saya tumpang gembira..bila saja membaca ulasan @komen dr Pn Siti Hajar..saya menguntumkan senyuman.. :)
    memang suda saya jangkakan sejak mula saya membaca cerpen Samad..saya cukup puas hati dengan karyamu ini kerna telah kamu sambut cabaran saya untuk hasilkan karya berbentuk sebegini(lain dari yang lain)..cukup semua ramuannya.(suspen,flashback,sedih,pengajaran dan lain2 unsur dramatik serta hayalan).sebagai pembaca juga peminat setiamu seumur hidup,membaca cerpen(Samad)betul menghiburkan!!! saya telah dibawa mengembara jauh kedalam halusinasi serta hayalanmu...dalam cerpen ini kamu tidak lupa akan yang maha esa..ini yang menjadikan cerpen ini lebih indah..kuat dari segi spritual...ikhlas nasihat dari saya buatmu..letakkanlah tidak banyak sedikit memuji yang maha esa dalam setiap karyamu yang akan datang kerna ini amat2 membantu dalam mengindahkan karya yang dihasilkan.(maafkan saya..ini sekadar pendapatan saya sebagai pembaca)

    akhir kata dari saya buat pa'al,

    anda adalah pencetus evolusi serta fenomena baru dalam dunia sastera tanahair..

    u are brilliant pa'al!!!!
    tahniah sekali lagi...

    teruskan berkarya.. :)

    ikhlas

    MASH

    BalasPadam
  2. mashhh...........timakasihhh banyak2....:)

    semoga doamu dimakbulkan Allah ...aminnnn

    BalasPadam


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..