Sabtu

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin



Untuk semua yang mengikuti perkembangan tulisan-tulisan pa'al...terimakasih atas sokongan anda semua. pa'al berjanji akan terus berkarya selagi ilham ini senantiasa bersama jasad dan jiwa ini. Syukur alhamdulilah untuk sebuah ramadhan pertama yang terindah!

Salam Aidilfitri, salam sayang dari Pa'al ..

7 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya!!!
    Pa'al,,mohon tunjuk ajar dlm bidang nih yer, komenkan apa yg patut.
    thanks.. :)

    BalasPadam
  2. manta, trimakasih..selamat hari raya aidilfitri utk mu juga..:)


    zamri zamir, insyaalah...trimakasih ya....kita sama2 belajar. mau belajar lebih detail ttg puisi kita ke bengkel sifu azmah nordin, pa'al bimbing rakan2 menulis puisi di sana.. jom... http://azmahnordin.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Renung punya renung ketupat itu terbayang pula, ianya 'solitary' ketupat di hari raya idul fitri. Walhal ianya Ratu segala jenis kuih raya. simbol kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan bagi yang mengerti, asal usul ketupat.

    BalasPadam
  4. uncle,
    kesian ketupat solitari pa'al tu. kawan2 dia lain suda kena ngap mungkin tu..tinggal sebiji lg utk kita. aduii ketupat, makanan RATU memang di hari raya....sedapp.

    uncle punya eyes memang tajam kan!..only u perasan gambar ketupat tu, hehe, timakasih uncle..

    pa'al pandai anyam ketupat, pandai kasi isi beras, pandai rebus dan paling penting..pandai makan! intinya sambal ikan bilis pedas2 sikit. makan hari2 biasa pun boleh..hehehe

    teringat waktu dulu, bapa marah kami sembarangan anyam ketupat sebab klu d tenom, kdg2 upacara kematian pun ada juga ketupat - ketupat tiga segi. hormat adat.. hehe

    BalasPadam
  5. Ketupat ini ketupat sastera, ada seni anyaman. Boleh buat perhiasan anyaman kosongnya. Ada ketupat nasi, ketupat pulut. Kalau mahu brangkali ketupat pulut kochung pun boleh buat. Cuma taruh isinya kacang tanah dan udang kering tumbuk (belum pernah buat lagi)

    Ketupat ini kalau bawa bekal masuk hutan pun senang. Masak sedia, tinggal kasi panas balik saja.Boleh cicah dengan apa saja hidangan yg kita suka.

    Banyak juga kegunaan ketupat,kan!
    Ada untuk upacara Lebaran,snacks, dan kematian...

    Malahan di mana-mana saja pun boleh dibawa. Pengembaraan Di Lautan,Daratan pun ok.

    Itulah keistimewaan ketupat,simbol lengkap Fasa Kehidupan brangkali.

    BalasPadam
  6. uncle,

    ketupat sastera. tahniah utk uncle...siap menganyam karya terbaru.

    pa'al pun dpt ilham mau tulis sebuah anyaman kisah gadis timid yg bermetamorfosis jadi wanita kuat di bandar, mana tahu jadi panduan anak2 muda yg sdg menginjak dewasa..

    emmmmmm...sedapnya ketupat. terbayang ketupat yg mak pa'al masak time raya d labuan baru2 ni uncle...ketupat direbus dlm santan. sedapnya....


    tapun (bhs murut), simbut salaa (bhs sungai)..hehehe

    BalasPadam


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..