Selasa

aku, sastera dan senja ..

IKAYAT SATU SENJA YANG BENING..


Suatu waktu itu, aku berdiri di gigi pantai, tanjung sempang mengayau yang damai, menunggu ia datang, ingin menatap wajah petang yang bakal berganti malam.. aku memang memuja senja.. senja yang datang itu bagai suatu misteri alam yang mistikal dan penuh kesyahduan. Ia berlaku begitu pantas, jadi untuk mengambil foto bagi membuktikan kesetiaan sebuah hikayat senja pada setiap penghujung hari, minat dan kegilaan pada senja membuat aku duduk di situ menunggunya tiba. Akhirnya, dia menunaikan janjinya dan kami berdansa dalam pesta halimunan yang grandiose walau begitu cepat. aku dan senja bersatu dalam sebuah bingkisan hari yang dapat kalian lihat di foto-foto ini. walau kualitinya mungkin agak kurang, kerana instrumen yang kurang canggih namun aku bahagia, melihat hasilnya. Senja yang manis dan aku yang mengaguminya.

Tatkala dia pergi, hari pun bertukar gelap, yang kedengaran hanya bisik-bisik debur ombak yang menghempas di tepian pantai. burung-burung pun menyanyi dalam sarang di atas pepohon ru yang berselerakan di tepi pantai girang itu. sebelum pergi hati ku berdetak, di langit aku terlihat kan diri Nya. kuasa agung infiniti yang menciptakan fenomena kejadian alam seindahnya ini. aku pun bersyukur, menyarung sepatu dan membawa jasad beredar untuk membiar malam dan debur pantai bersatu seperti selalu. sayup-sayup, di hujung pantai.. aku terdengar bisikan cinta sang teruna pada si gadis yang penuh asmara.."sayang ku, kesetiaan ini pada mu umpama sebuah hikayat senja yang penuh misteri dan kesyahduan, yang datang petang dan berjanji untuk bertemu lagi esok sampai bumi tak berputar lagi di atas paksinya". aku tersenyum dan menarik nafas sukacita kerna aku juga memuja senja dan cinta sepertinya.



























3 ulasan:


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..