Mengimbau kenangan Pertemuan Penulis Sabah II tahun 1995 anjuran ABKIS dan DBP yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mei, 1995 lebih empat belas tahun yang lalu mengingatkan saya bagaimana bersemangatnya saya dan beberapa teman yang sedang belajar di tingkatan enam, smk gunsanad, keningau pada ketika itu. saya, zanna dan ramai lagi dengan ghairahnya menghabiskan hujung minggu kami di pertemuan itu, setelah dibenarkan warden. malangnya, selama tiga hari dua malam di kota kecil bingkor itu, tak banyak perkara yang saya ingat pada hari dan ketika ini. maaflah, tempoh empat belas tahun itu bukannya sekejap, namun dalam kemalapan kenangan yang hampir pudar tersebut, saya tidak akan pernah melupakan seseorang yang kami jumpa di pertemuan tersebut. kata orang 'kalau kita berbudi, akan dikenang orang'. itulah yang terjadi, saya tidak pernah melupakan beliau kerana budinya. kami memanggilnya dan dia membahasakan dirinya 'abang Nad' pada ketika itu , beliau masih seorang journalist hingga kini (baru sahaja dapat menghubunginya pada mac ini). abang Naddin, terima kasih kerana membuka ruang untuk kami berkarya pada waktu itu. suntikan semangat mu meninggalkan kesan hingga ke hari ini. pelik kan, pertemuan kami dengan abang nad hanya di PPS itu saja, sehari dua sahaja, tapi saya dan teman-teman lain masih mengingatinya sampai ke hari ini. rasanya itulah kuasa kesusasteraan melayu dan tentu sekali dari-NYa.
terima kasih abang nad!
terima kasih abang nad!
PENA ALAM,
BalasPadamLukisan kenangan yang sedikit itu, kelihatan begitu indah... :)
ya...kenangan yang sedikit itu indah sekali! aranam ada di pps itu?
BalasPadamPena Alam,
BalasPadamSaya bukan salah seorang peserta PPS...:)
Abang terharu.Terima Kasih
BalasPadamabg nad,
BalasPadamsama-sama... :-)
Pena Alam,
BalasPadamteruskan kehendak tanganmu untuk menulis. aku menyokongmu dari belakang walaupun kita saling tak kenal...
Ampuan Awang,
BalasPadamtimakasih banyak.. kita sama saling menyokong! teruskan berkarya juga :-)