Siapa tak mengenali Sipadan? Mungkin ada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Sipadan, walau pun orang Sabah sendiri. Rasanya, walaupun orang Semporna sendiri pun ramai lagi yang belum pernah ke Sipadan. Walau begitu, rasanya kebanyakkan warga Sabah tahu kewujudan Sipadan walau pun belum pernah lagi ke situ. Saya juga, sebelum menjejakkan kaki ke Sipadan pernah dengar tentangnya, dan rasa kagum dengan cerita-cerita menakjubkan tentang Sipadan daripada cerita orang lain. 'Sipadan yang seperti 'cendawan' dan 'Sipadan yang cantik unik', 'lautan sipadan yang magik' dan sebagainya. Pada masa itu langsung tidak terfikir bahawa satu hari nanti Pa'al akan jadi 'pemuja lautan' dengan menjadi penyelam scuba.
Pulau Mabul terletak hanya dua puluh minit dari Sipadan dengan menggunakan bot laju atau lebih kurang empat puluh lima minit perjalanan dengan bot laju dari pekan Semporna. Saya ada sedikit pengalaman bekerja di sebuah pusat peranginan yang terletak di Pulau Mabul untuk dikongsikan bersama anda. Pusat peranginan itu sangat unik. Asalnya ia merupakan sebuah pelantar minyak yang hodoh, namun telah diubahsuai sehingga menjadi sebuah pusat peranginan yang selesa dan serba lengkap dengan fasiliti sebuah pusat peranginan terutamanya untuk percutian scuba, enam tiangnya tersembul dari dasar laut sedalam 18 meter bersamaan 60 kaki dan terletak hanya lebih kurang tiga minit perjalanan bot laju dari pantai Pulau Mabul. Ia merupakan satu-satunya 'offshore resort' di kawasan tersebut. Sebelum bekerja di situ, saya tidak minat dengan cerita-cerita lautan, membayangkan lautan itu berbau hanyir, penuh ikan-ikan yang akan dimakan oleh sekalian manusia, tidak lebih daripada itu.
Berada dikelilingi sekalian teman-teman yang menggilai sukan air scuba diving ini, memberi motivasi yang kuat untuk saya menjadi salah seorang daripada mereka. Akhirnya saya menjadi wanita pertama dan termuda di pusat peranginan itu yang pertama mendapat lesen menyelam scuba. Lesen pertama 'PADI Open Water diver yang membenarkan anda menyelam pada kedalaman 18m / 60 ft pada waktu siang sahaja. PADI adalah singkatan kepada Proffesional Association of Diving Instructor. Beberapa bulan selepas itu, saya teruskan minat scuba dengan mengambil lesen PADI Advanced Open Water diver, yang mana dengan adanya lesen ini saya bolehlah menyelam pada kedalaman sehingga 40m / 100ft dan bonusnya..boleh menyelam pada sebelah malam (night divie)! Agak lama memegang lesen AOW ini sebelum ke peringkat seterusnya. Saya memang mencintai lautan sejak pertama kali mencuba-cuba peralatan scuba dan merasa thrill menyelam scuba ini melalui 'discover scuba' yang dijalankan secara percuma oleh pusat peranginan di mana saya bekerja waktu itu. Selepas itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang untuk menyesal kerana 'terjebak' dalam sukan ini. Ia menjadi kegilaan dan telah menjadi dunia si Pa'al ..Kita temui kedamaian hakiki di sini, di dasar lautan! Saya budak kampung yang hanya mengenal sungai, kini telah dapat menghayati dunia bawah lautan yang indah dan tenang, menghormati keupayaan diri dan paling penting jadi seseorang yang sangat menghargai alam dan lautan serta segala isinya.
Pulau Mabul sebenarnya tak kurang hebatnya berbanding Sipadan. Baru-baru ini, Pulau Mabul mula terkenal dengan jolokan 'the best muck diving' di dunia. Di sini, kecekapan menyelam sangat penting kerana kita perlu cekap berenang menggunakan fins, jika tidak, tahap penglihatan akan dikaburi pasir akibat kayuhan fins yang tidak terkawal daripada kaki anda. Terumbu karang di sini kurang menyerlah berbanding Sipadan kerana aktiviti pengeboman ikan oleh nelayan di sini telah memusnahkan kawasan terumbu karang yang asli. Sehingga kini, tumpuan menyelam scuba di Pulau Mabul adalah untuk melihat haiwan-haiwan laut mikro, seperti Blue Ring Octopus yang hebat (boleh membunuh), flamboyant cuttlefish, Kuda Laut( yang paling Pa'al suka!), Frog fishes yang comel dan pandai bertukar-tukar warna, berbagai jenis scorpionfish, Clown Fish, moray eel, snake eels, ikan-ikan gobi yang melihat-lihat dari tingkap terumbu, Rhobust Ghospipefish, nudibranch ( Saya amat suka dengan sea slugs ini !)
Bercakap tentang moray eel, ingatan saya singgah pada dua ekor moray eel yang kami gelarkan 'Elvis' dan 'Priscilla' yang tinggal di bawah tukun tiruan di dasar laut di mana terletaknya enam tiang pusat peranginan di mana saya bekerja itu. Kedua-duanya merupakan eel yang sangat besar! kepala Elvis sahaja sebesar baldi, manakala Priscilla agak kecil sedikit. Saya masih ingat bagaimana excitednya kami turun ke dasar laut resort kami itu semata-mata untuk bertemu Elvis dan Priscilla untuk memberi mereka makan. Keduanya, terutama Elvis agak 'jinak' dan sudah biasa dengan kehadiran para penyelam scuba di sana. Apabila kawan saya seorang Divemaster mengetuk besi yang dilonggokkan di mana Elvis tinggal, dia akan menyembul keluarkan kepalanya yang sangat besar dengan mulut yang terkumat-kamit. Kami yang gembira, akan memberinya makan sepotong-demi sepotong ikan sehinggalah dia bosan dan masuk kembali ke dalam tukun. Saya masih ingat, beberapa kali melihat Elvis keluar dari sarangnya, terdiam kami demi melihat bahawa dia sangat besar dan panjang! Kerana sebelum ini, saya cuma terjumpa beberapa moray eel yang kecil-kecil sahaja. Yang paling menyentuh hati adalah, kami pernah juga melihat Elvis dan Priscilla keluar berenang berdua, romantik betul ikan belut laut berdua ini, dan mereka kelihatan seperti sedang menari dengan pakaian yang melayang-layang ditiup angin, sangat cantik. Elvis berwarna coklat kuning dan berbintik sedikit.

Pertama kali menjejakkan kaki ke pulau Sipadan adalah beberapa minggu selepas bekerja di pulau Mabul, sebelum saya jadi penyelam scuba. Kenangan yang tak akan pernah dilupakan adalah selepas saya qualified sebagai OW diver, saya melakukan selaman sebenar yang pertama di Pulau Sipadan. Lokasinya adalah di Barracuda Point. Pertama kali membuka mata di bawah air, dengan panorama alam bawah lautannya yang cukup membuat saya terdiam, terkagum. Biru, luas, sejuk.... dan semuanya sangat mengharukan. Arus air yang agak kuat pada masa itu telah membuat kami seakan terbang di angkasa tanpa graviti, dan arus kuat ini telah menjemput beribu-ribu ikan barracuda dan jacks dalam kawanannya datang berenang-renang dan bermain dengan arus air yang deras gagah itu, betul-betul di atas kepala kami. Mereka membuat formasi membulat dan tak menghiraukan kami yang ada di situ, seakan sudah biasa dengan manusia. Terasa seperti mahu saja menangis kegembiraan, terharu bila tengok ikan-ikan sebesar-besarnya itu lalu-lalang depan mata begitu saja, buat pertama kalinya. Ada juga terselit penyu hijau( green turtle) yang sebesar meja bulat berlalu dengan maha selamba di depan mata kami. Bayangkan..
Di atas pulau Sipadan itu sendiri pada ketika itu cukup 'meriah' dengan kehadiran chalet-chalet pusat-pusat peranginan. Pada hari ini, chalet-chalet itu sudah dipindahkan ke Pulau Mabul dan di pekan Semporna atas arahan kerajaan Malaysia yang ingin memelihara keaslian dan keindahan Pulau Sipadan untuk tatapan generasi depan. Tindakan bijak ini dilakukan sangat mendapat sambutan sangat baik daripada banyak penyelam skuba seperti saya! Saya tidak ingat, adakah keputusan ini diambil setelah Malaysia menang perbicaraan 'ala2' perebutan pulau Sipadan ini (melawan Indonesia) yang dijalankan Mahkamah Antarabangsa. Sebagai pencinta alam semulajadi saya sangat bersyukur dengan keputusan memindahkan semua pusat penyelam yang hanya merosakkan keindahan dan 'moral' Pulau Sipadan ini pada jangka masa panjang.
Kini, yang tinggal di atas pulau Sipadan hanyalah, pondok penguatkuasa yang menjaga pulau tersebut. Berbalik kepada cerita Pulau Sipadan, pada masa dahulu, di sepanjang pantai Pulau Sipadan, kita boleh singgah minum di bar-bar yang dibuka kepada para pelancong yang menginap di pusat peranginan tersebut. Pulau Sipadan pada dasarnya, di atas, agak biasa-biasa dan kecil sahaja, dalam 20 minit kita boleh menghabiskan satu pusingan dengan berjalan kaki, kalau berlari boleh buat pusingan dalam 15 minit sahaja, hehe. Kadang-kadang kita akan terserempak dengan umang-umang yang meminjam cengkerang tumpang bersaiz sangat besar, sedang menebuk buah kelapa di atas pokok kelapa,

Apa yang membuat Sipadan sangat magik bagi saya adalah bukan kerana suasana pulaunya yang sama seperti mana-mana pulau peranginan di dunia ini, namun magisnya adalah kerana dunia bawah lautannya yang dipenuhi pelbagai jenis haiwan marin dalam berbagai jenis, spesies, saiz dan bentuk. Di sini kita berpeluang melihat penyu jantan dan betina, seperti yang saya katakan tadi, ada yang sebesar meja bulat kedai kopi dan ada juga penyu kurang upaya, kerana hilang sebelah kaki dan ada yang bahagian cengkerangnya kelihatan seperti dikelar kerana terkena kipas enjin bot dan sebagainya.
Kadang-kadang pula, dalam kawanan ikan barracuda atau jack, kita dapat lihat ada ikan tersebut yang berenang dengan mata kail dan tali pancing (tangsi) menyangkut di bibirnyanya! Di sini, macam-macam ada. Paling seronok dapat melihat ikan jerung dalam berbagai jenis, seperti White Tip Shark, Leopard Sharks, Grey Reef dan kalau bertuah dapat bertemu Hammerhead yang hebat! Kalau anda bernasib baik juga, akan terlihat Manta Rays yang kelihatan seperti drakula dengan warna putih hitam mengerbang sayapnya, dalam kawanan. Si Pa'al belum pernah sebertuah ini dengan Manta. Mungkin suatu hari...

Kalau dipandang dari sudut keratan rentas geografinya, Sipadan kelihatan seperti cendawan. Kalau anda berenang atau sedang menyelam scuba, manalah anda nampak bentuknya dari kejauhan, seperti kata-kata kebanyakkan orang. Di bahagian perairan yang cetek, kita sangat bertuah kerana sekiranya anda cuma mahu ingin snokerling sahaja pun, anda sudah boleh melihat ikan jerung yang manis sedang berenang-renang riang!
Setiap ceruk perairan sekitar Pulau ini telah 'ditandakan' dengan nama-nama khas. Dalam dunia selam scuba ini dinamakan 'dive site'. Antara Dive site yang terkenal di Sipadan termasuklah Drop Off, Barracuda Point, Turtle Cavern, South Points, Hanging Garden, di samping beberapa site lain seperti Lobster Lair ( yang kami gelarkan Lobster Liar, hehehe, kerana kecewa bila tak jumpa pun Lobster di sana ketika menyelam), Coral Garden, Whitetip Avenue, Turtle Patch, Staghorn Crest dan Sipadan Midreef.
Turtle cavern atau gua penyu melengkapkan keajaiban alam bawah lautan Pulau Sipadan ini. Terletak 18 m dari permukaan laut, gua bawah laut yang gelap ini hanya memuatkan lorong kecil untuk menelusurinya. Juga merupakan destinasi terakhir pengembaraan hidup seekor penyu laut yang datang ke sini untuk mati. Para penyelam scuba menggelarkan gua ini moseleum bagi sang penyu. Namun begitu, dipercayai juga, bahawa penyu-penyu ini berkemungkinan sesat dan tak menjumpai jalan keluar dari gua ini, lalu mereka mati di sini. Di dalamnya banyak rangka-rangka penyu. Saya belum pernah menyelam ke dalam gua ini lagi, kerana perlu mendapatkan lesen untuk melakukan cavern dive. Di dalam Setiap aktiviti selam scuba, anda harus mendapatkan lesen terlebih dahulu. Lesen tersebut adalah lesen seumur hidup, kecuali jika anda memilih untuk menjadi proffesional diver, menyelam sebagai kerjaya dan punca pendapatan, maka anda harus memperbaharui lesen anda setiap tahun.

Sebelum berhenti kerja dan bertukar angin ke bidang perhotelan pula, saya sempat mengambil Kursus Rescue Diver dan sebelum itu mengambil lesen sebagai Nitrox Diver. Kursus Rescue Diver adalah sangat menarik dan mencabar sekali! Nanti saya ceritakan lagi pengalaman Pa'al sebagai Rescue Diver pula di post yang akan datang. Ini merupakan pengalaman peribadi saya di dalam dunia Scuba dan sekiranya teman-teman ada sebarang pertanyaan tentang scuba, silalah tanya, susah-susah google saja la info tu!
Thanks!
Pa'al
Kota Kinabalu
10 Julai,2009