Khamis

Langit Kudus

Secebis emping langit kudus
melayang terbang meluruh
jatuh bergetar satu persatu
membungkus mengurung bumiku

Segar gema kalimat berseru-seru itu
mengebangku jauh ke cupingan, ke jiwa
aman, menggamit resahku berhenti berbicara
jernih murni sungai-sungai katamu,
menuntun kayuh-kayuhku jauh-jauh

Beratus-ratus kali nama itu pergi lalu datang
memanggil-manggilku bersahaja!

Di emping langit kudus hari itu
damai mendakapku dalam kasih bahagia
sungguh-sungguh aku mengagumi
cinta kesempurnaan-MU ya Allah!


Pa'al
Kota Kinabalu
1100hrs ; 28062010

4 ulasan:

  1. assalammualaikum pa'al, saudaraku seakidah dunia akhirat seizin Rabbi kekal abadi.

    pa'al syg!
    izikan hati ini seperti selalunya, riang berlari berkejaran menggapai angin di persisir pantai hatimu,dik.
    sangat kakak bahagia membelek2 butiran mutiara hatimu..., teramat bahagia hingga manik-manik jernih mata hatiku bertaburan di bumi suburmu meluahkan rindu kasih Ilahi.

    luv u forever in the name of Allah the merciful.

    BalasPadam
  2. kak ummu...

    terharu baca komen kak ummu. berlarilah..berkejaranlah dipesisir pantai, di seluruh alam pena alam ..kerana alam ini milik kita semua!


    salam sayang kak ummu!

    BalasPadam
  3. ... dan pa'al serta ummu mendendangkan lagu "Peraly Shell" sambil berbubutan di bibir pantai Tanjung Aru. Pantai Tanjung Aru adalah pantai tempat permainan uncle dan rakan-rakan karib uncle setiap hari. Godfrey,Michael,Mathew.Francis,Ahmad..

    BalasPadam
  4. hehehee...uncle..


    ya kan, di mana perginya kawan2 uncle agaknya skarang ya??...

    BalasPadam


Puisi Kemerdekaan buat Pak Samad dan negaraku Malaysia : 'Tatkala aku ingin menulis tentang hari merdeka'...( sila klik pic Pak Samad)

Sayangi Alam!

Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..

Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..